Hans Isaac Bercinta Dengan Neelofa??
Panas je mamat-mamat yang syok kat neelofa kan?? hehe
tengok post twitter semalam pun penuh duk mention neelofa
sangap neelofa ke apa korang neh?? ^^
Ada khabar angin yang mengatakan Hans Isaac bercakap loghat Kelantan dalam satu pelancaran filem seram arahan Afdlin Shauki. Kata Hans ketika itu, dia hanyalah tersasul. Bukan sebab sedang bercinta dengan aktres cantik Neelofa ke bang? ^^
Cerita yang latest tentang Hans, dia kelihatan bersama lagi dengan Neelofa pada tayangan malam pertama Lawak Ke, Der? di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Hans sebelum ini pernah menafikan dia bercinta dengan pelakon dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Dia memberi alasan sekadar berkawan, tapi sekarang mereka macam semakin mesra pula. Malah malam itu, ramai melihat mereka datang bersama.
Neelofa sendiri turut membuat kenyataan dalam sebuah Melodi di TV3. Dia juga menafikan sedang bercinta dengan Hans dan seperti biasa hanya berkawan. Tak mengapalah, kita tunggu dan lihat, kalau untung sabut, timbullah. Untung batu, tenggelam.
Related Posts : ArtistMalaysia,
gossip
What's on Your Mind?
Write A Comment
Posted on Monday, February 6, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, gossip.