Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Kontradiksi - sebuah filem ultra low budget


Kontradiksi adalah sebuah feature film (tapi mereka rakamkan dalam bentuk digital). Dibikin atas tujuan untuk ditayangkan di GSC International Screen Midvalley dan Pavilion.rasanya ditayangkan hujung tahun ni..


Digital Feature ini dibikin dengan kapasiti ultra-low budget (menggunakan duit simpanan dan ehsan kawan-kawan mereka) mengumpulkan sejumlah tenaga krew yang sanggup bekerja tanpa atau dengan bayaran ultra-minimum.

Kontradiksi ini dimulakan oleh dua pemuda yang bercita-cita hendak mengarah filem . Namun disebabkan latar masing-masing yang masih hijau dalam pengalaman produksi filem, teramatlah sukar untuk mereka mendapatkan mana-mana organisasi untuk memberikan mereka sejumlah wang bagi menyatakan impian mereka.


OST Untuk Filem nie
lagu dia mmg best :-D


kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi
kita sepi.
Kau bikinku renung sang mentari
lamakah lagi
kita begini

alangkah bulan terang..
hilang nyawa tanpa bintang..
apa lagi aku..
alangkah bunga kembang..
pudar warna tanpa siang..
bayangkan aku..

berkali ku mintakan dari dulu..
usah kau tunggu..ucap itu..
berkali ku bisikkan pada kamu..
usah kau buntu..
aku milikmu..

*ulang*

Perlukah aku ...
menyebut setiapnya yang indahku tidak akan
ada makna....

bila kau sembunyi bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati..
tak mampukah kau percaya ..
haruskah ku hebahnya pada dengki dunia..
tidak bisa kah kita sekadar pejam mata..
biar jiwa bersuara......

Biar...biar..biar jiwa bersuara...





jom kita support karya mereka
like this page Kontradiksi
Baca Selanjutnya Kontradiksi - sebuah filem ultra low budget

.

Gambaran hari kiamat V2


dulu dah buat post pasal gambaran hari kiamat
nie ada nak kasi tambah.. : D


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1- Pemimpin yang adil.

2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

- Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

- Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

- Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

- Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

- Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: *Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. *Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya.

2) Doa anak²nya yang soleh.

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

p/s:jadi renung-renungkan dan selamat beramal : D
Baca Selanjutnya Gambaran hari kiamat V2

.

10 fakta ketika bergayut

bergayut???
atau mengatai dalam tel hehehe
sekarang orang dah gemar bergayut.. xkira la couple ke.. orang dah kawin ke.. semua bergayut.. masa kecik2 dulu bergayut kot pokok je.. tp skrang ngan handfon pun boleh bergayut
dah lama bebenar aku tak bergayut.. hehehe what ever larh..

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!.. ada yang sampai tak tidur bila boleh bonus hari jadi.. hantu pun dah tersengeh ada member yang teman dia jaga malam.. hahaha

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~

4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...yang xtahan tuh bab sex pun masuk jugak... hebat giler korang...

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....

p/s : betul tak??? kalau tak betul cakap ehh

Baca Selanjutnya 10 fakta ketika bergayut

.

hari jadi ke-18


hari jadi ke-18...
xde ape2 yang istimewa
sejak dulu lagi aku tak pernah sambut hari jadi

kalau ada yang special pun..
masa aku form 5 la...
yak ni tahun lepas...
dapat la satu hadiah...
budak tu yang bagi...
it's ok la.. bagi jam tangan kan..
walaupun dah rosak akibat entah menantang mana yang cabut tali jam tuh
tapi aku tetap simpan la jam tuh... masih ada lagi dengan aku..
thanks la kat budak tuh...
tapi tahun nie dia tak wish hari jadi aku... erm it's ok larh..she also have her own life now... kami dah putuskan.. dia cara dia and aku cara aku...
dia muzik jiwang and aku muzik metal..hahah

and my sister janji nk bagi hadiah..
entah la ape kebende yang dia nak bagi... jngan bagi aku marah sudah.. :D

tapi best gak ar sebab pada hari jadi aku.. kawan2 aku ajak kuar
tq haziq hasman ngan mu6... walaupun dengan mata xleh nk buka sbb tngok barca vs real pagi tuh.. tp aku tetap pergi jugak... walaupun kuar jalan2 je tp itu mmg terbaek!!!!

p/s : hidup kita perlukan kawan... hilang pasangan boleh dicari tp hilang kawan sngat sukar diganti...>>> pesanan hikmat masyarakat dari ottel blog..  : D


Baca Selanjutnya hari jadi ke-18

.