Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Penyokong Arsenal Berpecah





walaupun jiwa aku hanya untuk MU tapi aku tetap sokong kelab-kelab lain..
tahu kenapa??

>>bukan kelab yang aku sokong tapi pengurus dorang
sebabnya aku suka tengok cara dorang mengatur strategi dan pemilihan permain..
bukan senang oww nak uruskan sebuah kelab bola sepak gergasi..

tapi dengar cerita penyokong arsenal dah berpecah

betul ke??
kenapa err??
macam mana pulak jadi cam tu??

bacalah artikel kat bawah nie

Sari berita terkini

Arsene Wenger menjadi buah bibir perbualan dikalangan penyokong-penyokong Arsenal seluruh dunia tatkala jurulatih berbangsa Perancis melalui detik-detik sukar bersama Arsenal ketika ini. Arsenal terus dihimpit kekecewaan hujung minggu lalu apabila diikat seri 0-0 oleh Blackburn Rovers di Emirates yang juga turut menyaksikan Man U bangkit membenam cabaran West Ham United sekaligus kukuh dipersada liga.

Sebahagia penyokong Arsenal mulai mempersoalkan kreadibiliti Wenger berdasarkan prestasi terkini anak-anak buahnya. Deretan kekecewaan yang dilalui sepanjang bulan lalu terus membelenggu peminat-peminat Arsenal. Bermula dengan kekalahan mengejut ditangan Birmingham City pada final Piala Carling diikuti tersingkir dalam Liga Juara-Juara Eropah oleh Barcelona dan Piala FA ditangan Man United. Manakala cengkaman dalam persaingan Liga Perdana Inggeris semakin longgar apabila seri kepada West Bromwich Albion dan Blackburn Rovers.

Penyokong-penyokong Arsenal ula ketika ini terbahagi kepada dua dimana sebahagian terus memberi kepercayaan dan harapan kepada Arsene Wenger manakala sebahagian lagi mula mendesak pengendali Perancis ini meletak jawatan kerana gagal menghadiahkan sebarang kejuaraan sejak 6 musim yang lalu. Hal ini turut diakui sendiri oleh pemilik saham Arsenal, Darren Epstein. Menurutnya kini ramai yang mulai mempersoalkan tentang masa depan ‘Le Prof’ di Emirates.

"Saya rasa sebahagian besar masih ada yang menaruh kepercayaan, Wenger adalah orang yang tepat dalam mengendalikan pasukan ini tetapi para peminat Arsenal mahukan dia meletak jawatan," kata Epstein dalam ‘Tribalfootball’.

"Sememangnya terdapat perpecahan dikalang penyokong-penyokong Arsenal ketika ini tetapi boleh memburukan lagi keadaan. Semangat masih tertanam masih tinggi tetapi terdapat beberapa pergaduhan yang melibatkan penyokong Arsenal berkenaan isu ini. Ia sungguh menakutkan", katanya.

Namun Epstein sendiri masih menaruh kepercayaan terhadap sentuhan Wenger untuk mengendali situasi kelab yang dingin ketika ini. "Secara pribadi, saya masih percaya kepadanya. Tetapi dia harus mengubah falsafahnya terutama dalam pembelian beberapa pemain, menghentikan perbincangan kontrak dengan beberapa pemain pada akhir musim kerana mereka itu adalah sebahagian pihak yang ingin (Wenger) disingkirkan," tambah Epstien lagi.

Rujukan : http://www.goal.com/id-ID/

What's on Your Mind?
Write A Comment