Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Leuniey Tiada Hubungan Dengan Apek - Mohd Irwan Azni Mohd Azmi

Sebelum ini kube ada post artikel gosip si apek dengan leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri yang berumur 21 tahun. Bapa saudara si Leuniey iaitu Mohd Irwan Azni Mohd Azmi menafikan gosip yang disebarkan oleh blog2 di malaysia manakala Liuniey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek.


Bapa sadara Liuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi Resources, menafikan kontroversi tersebut:-

Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.

Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini.

Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat.

Menurut Mohd Irwan, kontroversi itu bermula apabila dia membawa Apek ke rumah abang iparnya untuk mengambil anaknya:-

Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.

Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang

Pelbagai cerita mula timbul semenjak gambar-gambar itu dimuat-naik ke Facebook, dakwa Mohd Irwan:-

Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.

Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya.

Menurut beliau lagi, Apek dan Liuneiy tidak pernah bercakap antara satu sama lain:-

Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.

Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.

Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan.

Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya.

Sementara itu, Liuneiy yang ditemui di butik pengantin milik ibunya pula berkata:-

Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek.

Sementara itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu:-

Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam.

Menurutnya keputusan itu diambil unuk memullihkan imej keluarga dan perniagaannya. Sementara itu, Apek dikatakan tidak terganggu dengan kontroversi terbaru ini manakala Kosmo hari ini melalui kolumnis Diva menceritakan yang Apek telah beberapa kali keluar dengan pelakon Nora Danish.

Sumber : beautifulnara.com

What's on Your Mind?
Write A Comment