Suarez Tak Nak Shake Dengan Evra - Ferdinand Tak Nak Shake Dengan Suarez
Akibat mulut tak pandai jaga. Inilah jadinya
Baca Selanjutnya
Posted on Saturday, February 11, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under BolaSepakEropah, video, YouTube. .
Kerenah Manusia Ketagih Benda Pelik
LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai karenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hinggalah ke kemaruk tidur bersama pengering rambut.
Dalam musim terbarunya My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.
Melalui musim ketiga My Strange Addiction, siri itu bakal menyiarkan laporan remaja berusia 18 tahun, Kailyn, yang ...mengaku ketagih memakan plastik.
Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.
Malah, kata Kailyn, jika perlu membuat pilihan di antara makanan dan plastik, dia pasti memilih plastik untuk mengisi perutnya.
Antara objek plastik pernah dimakan Kailyn ialah 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol minuman, dua puting, tiga bekas cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju dan 25 tudung plastik.
“Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya,” katanya.
Ditanya mengapa dia kemaruk kepada plastik, Kailyn berkata, ia bukan disebabkan rasanya, tetapi tekstur yang ada padanya.
“Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama,” katanya.
Ketika ditemubual dalam program itu, Kailyn berkata, tekstur alat kawalan jauh televisyen mungkin satu daripada objek paling digemarinya.
Menceritakan bagaimana dia menelan plastik dikunyahnya, Kailyn berkata, dia membuang butang yang ada pada objek berkenaan sebelum meletaknya di kedua-dua belah mulut.
“Kemudian saya akan menelannya,” katanya.
Di sebalik kegemarannya memakan alat kawalan jauh, Kailyn berkata, objek plastik paling disukai ditelan ialah sudu koktel yang mudah ditemui di restoran tempatnya bekerja.
“Saya pelayan restoran dan ada banyak objek plastik di situ,” katanya.
Pada hari biasa dan tiada tekanan, kata Kailyn, dia menelan kira-kira 15 sudu koktel sehari.
“Saya sedar tabiat itu boleh membahayakan kesihatan,” katanya.
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under InfoDunia. .
Gambar Testing Food Untuk Resepsi Perkahwinan Lisa Dan Yusri
Berikut merupakan komen lisa terhadap yusri
“Biasanya kalau urusan persiapan, lelaki jarang ambil bahagian dan serahkan kepada pihak wanita, tetapi berlainan dengan Yusry, dia banyak membantu. Malah semasa perbincangan dengan perancangan perkahwinan, Yusry yang banyak bersuara & memberikan pendapat sendiri,”
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, Gambar, Kahwin. .
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ally Iskandar Dan Farah Lee
Ini merupakan gambar dari majlis resepsi ally dan farah. Gambar ini diambil dari Ministry Of Moment.
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, Gambar. .
Zarina Anjoulie Miliki Video Aliff Aziz Mabuk - Anne Ngasri Pulak Apa Cerita??
Menurut sumber kami yang boleh di’percayai, Aliff Aziz kini sudah sah bercinta dengan Anne Ngasri tetapi masih tidak lekang sikap mahu mencuba teman wanita baru dan sikap beliau itu nampaknya memakan diri.
Ada sumber lain memberitahu yang mereka terserempak dengan Aliff Aziz dan Anne Ngasri berpimpinan tangan di Genting Highland, Pahang pada Isnin yang lalu. Tetapi, mereka tidak berduaan
Ini pula bukti yang Zarina Anjoulie ada memiliki video mabuk Aliff Aziz
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, gossip. .
Kisah Disebalik Pergaduhan Di KFC I-City
Kube dapat tahu Lelaki Cina tu jerit "cibai punya melayu"
lepas tu baru pergaduhan terjadi
Baca Selanjutnya
Posted on Friday, February 10, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under video. .
Zarina Anjoulie - Mangsa Baru Aliff Aziz
Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca,
Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.
Tidak kami pasti apa penipuan yang terlibat tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada 'malam tersebut'. Haa.
ini adalah gambar mesra aliff aziz dan zarina |
Berikut merupakan statement yang dikeluarkan oleh Zarina
Menurut salah seorang 'bekas mangsa' Aliff Aziz.Aliff aziz memang selalu memberikan harapan kepada wanita yang dikenalinya dan selalu memberi kata-kata manis kepada mangsanya.
Sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, Gambar, gossip. .
Ustaz Azhar Idrus Zaman Muda
First nak tanya, ada macam zizan tak??
Click Sini Untuk Besarkan
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistIndie, Gambar. .
Gambar Baru Ana Raffali Bertudung
Gambar ini bersumberkan Twitter Dari Ana Sendiri. Cun kan??
Baca Selanjutnya
Posted on Thursday, February 9, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, Gambar. .
Kekasih Aiman Hakim Ridza??
Tentu korang tertanya-tanya siapa Aiman Hakim Ridza. Pernah tengok drama Vanilla Coklat? kalau pernah tentu korang kenal laki yang jadi suami Izara Aisyah. Email yang dikirim menyatakan yang perempuan dalam gambar ini adalah kekasih Aiman Hakim Ridza semasa zaman sekolah dulu. ala cinta monyet dulu-dulu. TAPI adakah hubungan itu masih kekal?? itu kita nak tahu
Boleh laaa.. aku pasal perempuan yang tak pandai sangat nak judge.
sesuai laa.. ermm boleh laa.. ok lah mereka berdua nie
Sumber : ABG NARA
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, Gambar, gossip. .
Posted on Wednesday, February 8, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under InfoDunia, Islam. .
Bukan Cinta Monyet - Tilu
Director + Editor : Au Rasyid
DOP : Laqqi Fidel Jauhary
Art Director : Marsha Chikita Fawzi
Storyboard Artist : Muhammad Firmansyah Al Azhar
Camera assistant : Kus Apriandy Firdausy
Make Up : Farah
Talent : Rizki Erianto, Mira Tilu, Aa'
Production : Tilu Entertainement
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistIndie, video, YouTube. .
Jessie J Live In Malaysia 2012
Jessie J yang terkenal dengan lagu Price Tag & Domino ini, bakal mengadakan persembahan di SURF Beach @ Sunway Lagoon pada Jumaat 16 Mac 2012 jam 8.30 malam. Konsert ini dibawa khas oleh TUNE TALK serta JS Concert Production.
Tiket-tiket yang berharga RM 298 (Tune Talk Zone), RM 198 (Party Zone) dan RM 98 (Regular) boleh la didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve, Victoria Music Centre and The Guitar Store outlets atau di www.ticketpro.com.my serta di talian 03-7880 7999.
Tiket-tiket telah mula dijual pada 16 Disember 2011 yang lepas dan early birds tiket diskaun sebanyak 20% sebelum 15 Februari 2012.
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistHollywood, gig. .
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under AnwarIbrahim, Islam, video, YouTube. .
Saya Bukan Gewe Apek - Nur Eilunie Natasha Nazri
Leuniey sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia bukan kekasih apek iaitu Khairul Fahmie Che Mat.Perkara ini dijelaskan semasa sidang media yang dilakukan di butik miliknya
Berikut Adalah kenyataan Leuniey
Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu. Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek.
ok ok... semua dah settle atau ada sapa-sapa nak tambah??
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Nora Danish Kesiankan Khairul Fahmie Che Mat (Apek)
Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.
Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.
"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.
"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia,"
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Ummi Nazeera dan Balak Barunya - Rancang Kahwin
Dalam kenyataan kepada media baru baru ini, Ummi Nazeera akui yang beliau kini sudah pun punyai kekasih hati yang di’kenali ketika menuntut di RMIT University.
Namun, jejaka yang kami hanya berjaya kami kenal pasti sebagai Aizat ini sudah pun menamatkan pengajian beliau di’sana dan kini sedang menunggu Ummi Nazeera untuk tamat pengajian kerana khabar’nya pasangan ini sudah pun berbicara soal masa hadapan.
Berikut adalah gambar yang dirompak dari acc instagram
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Iklan Galaxy Tab Oleh Israel Sebabkan Orang FUCKK samsung
Samsung Galaxy Tab Menghina Iran Negara Islam dengan Iklannya!
Majlis tinggi Iran akan melarang semua transaksi pembelian produk Samsung di negara tersebut. Hal ini kerana salah satu iklan produk Samsung yang dianggap menghina negara mereka.
Seperti disampaikan pejabat berita Iran Press TV minggu ini, Ketua Majlis Jawatankuasa Tenaga Iran Arsalan Fat'hipour mengatakan, pemerintah ketika ini sedang merancang larangan secara penuh pembelian produk Samsung.
Iklan Samsung Galaxy Tab yang menghina Iran
Iklan tersebut dimaklumkan dibuat oleh syarikat tv kabel Israel, HOT. Dalam iklan,digambarkan empat orang pelakon komedi Israel, sedang berada di suatu tempat di Iran. Salah seorang pelakon tersebut mengatakan bahawa negara Iran seperti "kubangan lumpur".
Berlatarkan Isfahan, dekat pemasangan nuklear ', mereka menyamar memakai tudung menemui seorang agen Mossad yang mengaku bosan tinggal di Iran. Agen tersebut mengatakan, untuk menghilangkan kebosanannya, dia menonton menggunakan Samsung Galaxy Tab.
Seorang pelakon iklan tersebut menekan sebuah butang di skrin yang ternyata meletupkan kemudahan nuklear di belakang mereka.
Pada akhir tayangan seorang dari mereka, menepuk lalat di kepalanya sambil berkata, "dasar Khamenei". Dalam bahasa slang Israel, Khamenei bermaksud serangga pengganggu.
Syarikat Samsung di Korea Selatan dalam kenyataannya, mengatakan bahawa mereka tidak membuat iklan tersebut. Samsung mengatakan bahawa iklan tersebut dibuat oleh syarikat iklan Israel tanpa pengetahuan dan penglibatan Samsung.
"Sebagai sebahagian daripada komuniti global, Samsung menerapkan penghormatan kepada seluruh lapisan masyarakat dan budaya di seluruh dunia,"kata Samsung.
Walaupun demikian, Fat'hipour mengatakan kata maaf syarikat tersebut tidak cukup. Samsung, ujarnya, harus bertanggungjawab diatas perbuatan mereka.
Baca Selanjutnya
Posted on Tuesday, February 7, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under InfoDunia. .
Adakah Betul Ini Kekasih Hafiz Awan Nano??
Kita sedia maklum yang dahulunya Hafiz ada d'gosipkan dengan Adira yang sekarang ini heboh dengan gosip dia memeluk anjing namun kisah itu lenyap selepas adira ada d'gosipkan bercinta dengan pengkid.errmm.. namun pengkiat forum cari telah berjaya mendapatkan gosip terbaru dari hafiz. Setelah Hafiz jadi juara AJL 26 nie makin naik rate popular si rambut kembang nie << gurau2 je ^^
Cantik mak aiii... sesuai dengan si hafiz yang errr bolehlah cute nya tuu..
///////////
Lagi Gambar Mereka Berdua
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Kisah Hidup Remy Ishak
Sebut pasal Remy Ishak sapa tak kenal kan.
Pelakon yang sangat cocok dengan pelakon Tiz Zaqyah.Tapi ada yang kata diorang dah putus dan saling tidak "follow" twitter masing-masing. Tapi info Terbaru yang mengatakan Remy ada blog dan selalu meluahkan segala isi hatinya di blog tersebut.
Bila duduk sorang-sorang macam ni aku selalu terkenang, mengimbas masa-masa silam aku,Ikuti Post menarik remy di blog miliknya
susah payah aku menempuh hari-hari di kota Lumpur seorang diri semata-mata nak mencari rezeki.
Daripada zaman aku cuci pinggan kat mamak stall, kerja nite club, kerja restoran, kerja hotel sehinggalah aku berada ditahap ni. Walaupun bukan satu tahap yang bagus, tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi sekurang-kurangnya aku telah merubah diri dan jalan hidup aku dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku selalu macam tu, mengenang nasib badan dan mushabah diri.
Dari budak kampung yang buat kerja part time cuci kereta, kerja pasar, kerja buruh, aku berhijrah ke kota Lumpur untuk merubah hidup dan keluarga aku.
Ye… aku berubah, sekurang-kurangnya sekarang keluarga mampu tersenyum atas perubahan yang telah aku lakukan.
Aku bukannya tahu yang aku pernah ada sedara-mara di KL masa mula-mula sampai kat sini dulu,
dan aku pun tak pernah nak menyusahkan dia orang untuk tanya dan ambil tahu dimana dia orang berada kalau dia orang ada kat sini sekalipun.
Bagi aku.. bila aku menjejakkan kaki aku di kota lumpur ini, aku sendiri yang harus mencorakkan kehidupan aku, aku sendiri yang kena pilih untuk jadi apa yang aku mahu dalam hidup aku.
Ini ruang hidup aku, dan aku kena berdikari untuk mencari dan menjadi yang terbaik.
Maka, oleh kerana ada pemahaman yang macam tu dalam benak kepala aku, itu yang ‘end up’ aku tidur dalam masjid masa mula-mula sampai kat sini dulu :)
Aku selalu sedar…, aku selalu mengenang perjalanan-perjalanan aku di kota lumpur.
Aku selalu bersyukur sebab tuhan tak terlepas pandang pengorbanan, perbuatan dan amalan aku,
dan sampai sekarang pun.. aku tak pernah lupa dan sedar tentang asal usul aku.
Syukur Alhamdulillah…
Orang boleh bercakap atau membuat apa saja kesimpulan yang negatif pasal diri aku,
hakikatnya, mereka yang bercakap pasal aku tu tak tahu.., mereka tak kenal pun siapa diri aku yang sebenarnya.
Mereka bukan sahabat mahupun keluarga aku, tapi mereka bercakap mengenai aku seolah-olah mereka mengenali rapat diri aku. Mereka sekadar mengenali dari pandangan mata kasar, dan juga perkhabaran yang datang dari mulut ke mulut.
Tak mengapa… aku maafkan kamu.
Aku tak minta semua orang untuk tahu pasal diri dan karakter aku,
kerana ini adalah lukisan dan tulisan hidup dari tuhan terhadap aku,
Ini adalah antara aku dengan-Nya.
Jadi.. biarlah mereka yang lain terus berkata apa saja yang mereka mahu,
dan biarlah ‘Dia’ yang satu, tahu tentang kebenarannya.
Dengan manusia..,
aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia.
Cuma apa yang aku perlukan adalah, rasa hormat terhadap pendirian, pemahaman dan perjalanan hidup aku sebagai manusia daripada manusia yang lain.
Tak kiralah samada kita mengenali antara satu sama lain ataupun tidak, sifat menghormati itu adalah sifat yang terpuji disisi Allah SWT.
Beringatlah sementara kita semua masih berpijak dibumi-Nya..
Kita kena selalu sedar siapa diri kita…
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Tasha Manshahar Pujaan Baru Di Youtube
kube tak tahu banyak pasal hot chick nie.
kat dalam FB fan page pun takda banyak info pasal dia
yang kube tahu layan je lagu dia.
nak kata xsedap pun xleh jugak kan tapiii boleh laa nak buat layan
time ngantuk boleh la ulik tidur
Lagi Gambar pasal Tasha Manshahar
Kita layan lagu dia sat
Lirik : Tasha Manshahar - Be Mine
Bermula di FacebookBaca Selanjutnya
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja
c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you
Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever
Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar
Thank you Aizat Amir for the recording and Clora Studio.
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistIndie, ArtistMalaysia, video, YouTube. .
Ana Raffali Bertudung Semenjak Maulidul Rasul
Gambar di bawah diambil ketika Ana Rafali cuba bertudung di bulan Ramadhan yang lalu. Bukannya gambar yang terbaru. Menurut Ana, keputusan untuk bertudung datangnya daripada ketulusan hatinya sendiri, bukannya dipaksa oleh sesiapa
Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan. Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain.
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Hans Isaac Bercinta Dengan Neelofa??
Panas je mamat-mamat yang syok kat neelofa kan?? hehe
tengok post twitter semalam pun penuh duk mention neelofa
sangap neelofa ke apa korang neh?? ^^
Ada khabar angin yang mengatakan Hans Isaac bercakap loghat Kelantan dalam satu pelancaran filem seram arahan Afdlin Shauki. Kata Hans ketika itu, dia hanyalah tersasul. Bukan sebab sedang bercinta dengan aktres cantik Neelofa ke bang? ^^
Cerita yang latest tentang Hans, dia kelihatan bersama lagi dengan Neelofa pada tayangan malam pertama Lawak Ke, Der? di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Hans sebelum ini pernah menafikan dia bercinta dengan pelakon dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Dia memberi alasan sekadar berkawan, tapi sekarang mereka macam semakin mesra pula. Malah malam itu, ramai melihat mereka datang bersama.
Neelofa sendiri turut membuat kenyataan dalam sebuah Melodi di TV3. Dia juga menafikan sedang bercinta dengan Hans dan seperti biasa hanya berkawan. Tak mengapalah, kita tunggu dan lihat, kalau untung sabut, timbullah. Untung batu, tenggelam.
Baca Selanjutnya
Posted on Monday, February 6, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, gossip. .
Olympic London 2012 Ada Konpirasi Di Sebalik Kemegahan - The Illuminati Games
Anti Crist Punya Video sekadar b'kongsi info ^^ Baca Selanjutnya
Sebab Perempuan Akan Membenci Seseorang Lelaki
MENINGGIKAN SUARA
MAIN KAYU TIGA
SUKA 'CUCI MATA'
MENGONGKONG
EGO
MENIPU
PERASAN
MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
CEMBURU BUTA
MATA DUITAN
KOMITED TERHADAP KERJAYA
PANAS BARAN
KAKI MEROKOK
PENGOTOR
GELOJOH
PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
TIDAK TAHU MEGHARGAI
PUTAR BELIT
SUKA KONTROL MACHO
KAKI TIDUR
SAYANG KENDERAAN
LEPAK DENGAN KAWAN POMPUAN
TAK BALAS SMS
TAK ANGKAT FON
ada yang saya terlepas??
Baca Selanjutnya
Posted on Sunday, February 5, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under LoveIsSuck. .
Tips Memutihkan Gigi
1. Arang Kayu
2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
5. Strawberi
Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih berseri.
6. Ekstrak Epal dan Cuka Putih
Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under tips. .
Leuniey Tiada Hubungan Dengan Apek - Mohd Irwan Azni Mohd Azmi
Sebelum ini kube ada post artikel gosip si apek dengan leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri yang berumur 21 tahun. Bapa saudara si Leuniey iaitu Mohd Irwan Azni Mohd Azmi menafikan gosip yang disebarkan oleh blog2 di malaysia manakala Liuniey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek.
Bapa sadara Liuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi Resources, menafikan kontroversi tersebut:-
Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.
Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini.
Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat.
Menurut Mohd Irwan, kontroversi itu bermula apabila dia membawa Apek ke rumah abang iparnya untuk mengambil anaknya:-
Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.
Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang
Pelbagai cerita mula timbul semenjak gambar-gambar itu dimuat-naik ke Facebook, dakwa Mohd Irwan:-
Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.
Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya.
Menurut beliau lagi, Apek dan Liuneiy tidak pernah bercakap antara satu sama lain:-
Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.
Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.
Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan.
Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya.
Sementara itu, Liuneiy yang ditemui di butik pengantin milik ibunya pula berkata:-
Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek.
Sementara itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu:-
Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam.
Menurutnya keputusan itu diambil unuk memullihkan imej keluarga dan perniagaannya. Sementara itu, Apek dikatakan tidak terganggu dengan kontroversi terbaru ini manakala Kosmo hari ini melalui kolumnis Diva menceritakan yang Apek telah beberapa kali keluar dengan pelakon Nora Danish.
Sumber : beautifulnara.com
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia. .
Gegey Music Presents : UPSTART
Date : 25th February 2012
Venue : Attack! Attack! Studio, KB
Time : 12pm till end
Tickets : RM 5
Bands :
- The Donkees
- YYZ
- Project Band (music gathering)
- Buddy Jet
- Endless ImaginatioN
- | TSh |
- The Flippancy
Baca Selanjutnya
Tiz Zaqyah & Remy Ishak Putus Cinta??
Dalam beberapa hari ini, peminat pasangan ini mula berteka teki sesama mereka apabila kedua dua mereka menghantar status terkini ke Twitter & Facebook yang boleh di’anggap meragukan.
Remy Ishak melalui Twitter beliau menulis END & Tiz Zaqyah melalui laman Facebook menulis DONE.
Dua status tersebut di’spekulasi sebagai tanda yang hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak kini sudah berakhir secara rasmi.
Namun, menurut apa yang kami faham, kedua dua perkataan itu terbit sebagai status terkini mereka merupakan tanda kepada situasi peribadi mereka dan tiada kena mengena dengan hubungan cinta.
Remy Ishak misal’nya menulis END sebagai tanda berakhirnya soal jawab beliau bersama peminat di Twitter dan DONE untuk Tiz Zaqyah kerana beliau baru sahaja tamat sessi pengambaran sebuah drama baru.
Dan, seorang peminat turut memberitahu yang Remy Ishak sendiri melalui satu lagi laman sosial, Instagram menyatakan yang hubungan beliau & Tiz Zaqyah baik baik sahaja. Jangan risau para peminat RITZ. ^^
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, gossip. .
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under lawak. .
LMFAO Live In Malaysia 11 Feb 2012
Konsert LMFAO Live In Malaysia ini di’bawakan kepada anda oleh Samsung dan penjualan tiket akan mula di’buka pada 11 Februari ini.
Harga tiket akan bermula RM138 sehingga harga premium RM398 untuk JS VIP Zone tetapi jangan risau kerana anda semua ada peluang untuk dapatkan tiket pilihan anda dengan potongan 30% eksklusif di majlis pelancaran.
Baca Selanjutnya
Syahrul Azwari Ada Peluang Besar Jadi Kekasih Miera Liyana
Kisah ini ada kaitan dengan pemain bola sepak negara dalam pasukan olimpik yang baru saja berangkat ke Bahrain pada malam 1 Februari lalu.
Kalau bercakap tentang pemain pasukan olimpik, mesti ramai akan menyangka pemain itu ialah Khairul Fahmi atau pun Nazmi Faiz kan?
Kali ini cerita panas berkenaan berkaitan dengan seorang lagi pemain muda yang popular iaitu Syahrul Azwari yang baru saja berusia 19 tahun.Khabarnya, pemain yang berasal dari Kelantan itu menyimpan perasaan dengan Miera Liyana.
Namun, disebabkan Syahrul ini seorang yang amat pemalu, dia hanya meluahkan rasa itu kepada kenalan rapatnya saja.Pun begitu, menurut sumber, jejaka tinggi lampai ini sekadar menyimpan perasaan saja, kerana mahu memberi fokus dan cintanya kepada bola sepak sahaja.
Tapi Syahrul Azwari mungkin ada peluang besar, sebab Miera Liyana sudah sah putus dengan shah jazlee
p/s ejas boh.. nak kato xsmat rupo demo ado.. ^^
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, BolaSepakMalaysia, gossip. .
Pusat Latihan Pelacur Di China
Student di sini adalah daripada model, lepasan universiti, dan ETC..
Mereka terpaksa mengambil kursus ini kerana tiada peluang pekerjaan dan mahu menikmati hidup yang senang di China
harap benda nie tiada di negara malaysia ini dan minta dielak dari ada atau bau2 macam nak ada.
1malaysia kita semua <<< ayat jejaka songkok membodek
Baca Selanjutnya
Biodata Nabi Muhammad S.A.W
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”
Baca Selanjutnya
Review Maulidul Rasul 2012
Esok (5/Feb/2012), umat Islam akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada yang kata tak payah sambut (bidaah) tapi ramai juga yang mempertahankan sambutan hari kelahiran baginda SAW ini.
Terpulanglah pada anda semua. Yang pasti, pokok pangkalnya, saya dan anda semua WAJIB KENAL, CINTA/SAYANG dan IKUT semua suruhan Nabi SAW. Setuju?
Sebut pasal maulidur rasul ini, saya tertanya-tanya juga. Dari manakah asal usul dan sejarah sambutan maulidur rasul ini?
Ada ramai juga kawan-kawan yang bertanya meminta kepastian. Apakah hukum menyambut maulidur rasul ini?
Saya telah buat sedikit semakan berkenaan dengan perkara tersebut. Berikut adalah apa yang saya jumpa.
Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.
Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.
Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:
“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.
Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.
Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut.
Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.
Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.
Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.
Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;
dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya.
Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.
Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi SAW yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentunya perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’.
Sebagaimana dijelaskan di atas, perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf.
Namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri.
Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.
Sumber rujukan : Pondok Habib
Salam Maulidul Rasul Dari Ottel Blog
Baca Selanjutnya
Arsenal 7 - 1 Blackburn
AL-B by footyroom
2' [1 - 0] R.v. Persie
32' [1 - 1] M.G. Pedersen
38' [2 - 1] R.v. Persie
40' [3 - 1] A. Oxlade-Chamberlain
51' [4 - 1] M. Arteta
54' [5 - 1] A. Oxlade-Chamberlain
61' [6 - 1] R.v. Persie
90' [7 - 1] T. Henry
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under BolaSepakEropah. .