Jadi kaya dengan jual topup?? tipu eh!!!
Bila sebut prepaid,rasanya semua orang pernah guna pakej prepaid talian handphone kan? Tak kiralah topup maxis ke, topup celcom ke, topup digi ke, atau apa jua nama..sekarang ni lagi lah, budak sekolah pun dah pakai handphone dan mestilah guna prepaid..Jadi pertanyaan di sini, betul ke boleh kaya dengan jual topup prepaid ni? bisnes topup atau perniagaan topup prepaid ni memang berkembang pesat sekarang ni..tengoklah semua kedai nak jual topup..Restoran jual topup, kedai runcit jual topup, pasar malam pun jual topup..
Memanglah market terlalu besar kan? yerlah 2006 RM17 juta sahaja dihabiskan untuk hantar SMS, belum campur MMS dan call lagi..bayangkan sekarang ni dah 2011.
Pencapaian rekod ini telah memberi peluang perniagaan yang amat luas kepada kita samada melakukan bisnes topup ini secara offline mahupun secara online iaitu secara kemudahan internet. Kos yang rendah, risiko yang kecil dan keuntungan yang berlipat kali ganda!! Ni kat bawah ni flow macamana bisnes ni berjalan.
Dalam melangkah alam perniagaan prepaid atau bisnes topup ini, seseorang harus bijak merangka bisnes topup yang bakal diceburi dan yang paling penting harus mengetahui risiko sesuatu perniagaan. Prepaid adalah produk yang paling banyak penggunanya dan permintaan produk topup prepaid ini semakin meningkat dari hari ke hari.
Jadi agen jualan topup, seperti dikedai, hanya lakukan dari rumah, bilik kolej dan sebagainya. Jadikan ianya bisnes bergerak dan dihujung jari anda.Kalau dh popular.anda xperlu bergerak orang akan datang cari anda
Tapi bercakap dalam bisnes ni, jika kita di bawah memang boleh untung tapi kurang sedikit berbanding di atas..jadi lagi best jika dapat jadi master agen atau tokei kepada agen2 kecil bawah anda..haa kan lagi best..alaa contohnya kat asrama tu ada 10 blok, korang lantik wakil agen korang untuk setiap blok..haa camtulah lebih kurang kiraannya..
OK, disini saya terangkan secara kira-kira kasar supaya kita lebih nampak bisnes topup prepaid ni ye..
Contoh kiraan:-
Anda ada agen topup dibawah anda seramai 10 orang, setiap seorang akan buat 10 transaksi jualan topup sehari.
Jadi, akan jadi 100 transaksi sehari oleh agen2 anda sekalian,
0.25% x 100 = RM25 sehari anda dapat hasil komisyen jualan agen2 anda.
RM25 X 30 Hari = RM750 sebulan anda dapat, itu minimum 10 rakan niaga anda.
OK, kita anggap anda ada, 100 rakan niaga/agen dibawah anda,
Jadi, akan jadi 1000 transaksi topup sehari.
0.25% X 1000 = RM250 sehari anda dapat hasil komisyen jualan agen2 anda.
RM250 X 30 Hari = RM7500 sebulan.. fuyoo, mengalahkan gaji seorang pensyarah?…x percaya? percayalah..
Ini baru komisyen jualan agen2 anda, belum masuk lagi, yuran pendaftaran yang anda tentukan!
Kalau jual topup celcom>untung 0.50 untuk topup RM10
dalam sehari 20 org beli topup RM10
0.50 x 20 = RM10 sehari anta dapat hasil jualan + komisen dari agen,berapa agaknya keuntungan anda
kita abaikan keuntungan komisen hanya fokus pada jualan topup
10 x 30hari = rm300 anda dapat RM300 sebulan
duit PT xbnyak macam tu
Tentu korang kata susah kan? susah jika tak mula lagi..
Ingin tahu lebih lanjut? Layari: http://aamobile-topupreload.blogspot.com/
Baca Selanjutnya
Posted on Friday, August 26, 2011 by Nashrul hakimie, under fakta, solution, tips, topup. .
10 Sifat Seseorang Melalui Cara Dia Merokok
1. Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi pompuan, dia mula nyala rokok.
Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri. Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian awek ke arah mereka. Lagi satu, rokok di sini mungkin sebagai alat untuk mengaburi kekurangan yang wujud pada diri.
Mereka beranggapan bahawa orang di sekeliling akan lebih tertumpu kepada gaya mereka menyedut dan menghembus asap rokok daripada memandang gaya mereka berjalan yang seakan-akan membuat hantaran bola ke hadapan. Ada juga kemungkinan semasa berjalan penampilan diri dirasakan tak kena terutamanya pada bahagian tangan. Tangan tak tahu nak letak dalam kocek ke, menggengam erat ke, berpeluk tubuh dan sebagainya. Jadi apabila rokok berada di jari, segala-galanya terjawab.
2. Kita pau rokok dia semalam. Hari ni dia pau rokok kita pula. Padahal dia ada sangat rokok dalam kocek.
Sifat dendam tu jelas menebal di jiwa. Jenis ni selalunya berkira tambah-tambah lagi time dia nak pau kita balik lepas tu kita tak kasi. Hah lepas tu mulalah mengungkit. Elok pau je rokok banyak-banyak kat orang macam ni. Apa sangat la setakat rokok tu. Diorang ni taktikal juga. Diorang ingat taktik pau balik padahal ada rokok sendiri tu tak dapat dikesan
Lepak kat kedai makan keluar rokok sebatang lepas tu simpan balik rokok dalam kocek seluar. Lepas tu nak hisap lagi, keluar lagi dan simpan semula dalam kocek.
Yang ni pula jenis sistematik dan boleh dikatakan hek eleh kedekut sangat macam la orang lain takde rokok. Ada besar kemungkinan 20 batang rokok di dalam kotak adalah cukup-cukup bagi mereka untuk satu jangkamasa. Pengaliran rokok kepada orang lain akan menyebabkan bajet lari dan terpaksa membeli rokok lain. Mungkin juga kerana faktor kewangan sebab kadang-kadang fenomena ini berlaku hanya sekali-sekala dan apabila kewangan kukuh kita boleh nampak rokok mereka di atas meja.
Lepak kedai makan, rokok stail rilek saja letak atas table.
Tak kira rokok kecil atau rokok besar, diorang tetap letak atas meja. Biasanya mesti ada makhluk makhluk yang jenis ambil sambil berbual buat tak faham. Tapi biasanya owner-nya pun rilek saja dan tak menghalang. Tapi bila kelakuan tu dah berulang-ulang, muka owner akan jadi lari tune sikit walaupun tersengih. Orang jenis macam ni memang bagus. Tak berkira. Tapi kena berhati-hati sikit. Orang suka ambil kesempatan. Kalau buka bisnes mesti ramai berhutang. Lagi-lagi member member sendiri. Tapi kadang-kadang tu ada pula jenis saja letak rokok atas meja kononnya nak bagi satu dunia tahu dia hisap rokok jenama apa.
3. Hisap rokok, lepas tu bas sampai (bas aircond), padam api rokok dan simpan baki rokok dalam kocek @ hisap rokok, nasi goreng sampai, padam api rokok dan simpan. Lepas makan sambung balik.
Yang ni jenis berjimat-cermat . Tengok keadaan juga. Kalau time rokok banyak pun dia buat macam ni maknanya memang golongan yang betul-betul berjimat cermat dan tak suka membazir. Kalau time rokok kecil saja dia buat, maknanya memang duit dah nak kering la tu. Orang jenis macam ni bagus. Tak ego. Tak sombong. Tak kisah orang nak cakap apa. Semangat jatidiri pun kental dan mempunyai prinsip hidup. Walau bagaimana pun diorang ni jarang ada awek.
4. Hisap rokok sikit, boring, buang @ hisap rokok, nasi goreng atau bas sampai, terus buang padahal baru nyala.
Diorang ni jenis sombong dan egois. Kadang-kadang tu jenis tak sedar diri dan suka membazir. Diorang ni malu nak tunjukkan status diri yang sebenar. Hipokrit. Duit tak ada buat-buat macam ada duit. Bila duit banyak, boros. Berlagak macam kaya. Jaga-jaga kalau diorang nak pinjam duit.
5. Hisap Selagi Ada
Jenis macam ni memang cool dan mementingkan kesempurnaan. Selagi ada rokok diorang hisap. Golongan ni tak berkira sangat pasal duit. Janji mereka dapat kepuasan daripada apa yang dilakukan. Orang macam ni memang sebati dengan asap rokok dan bau rokok. Mereka juga tergolong dalam kumpulan tak berkira sangat bab bab kena pau rokok. Bagi perokok, ada baiknya berdamping dengan golongan macam ni. Tapi bagi awek-awek yang mempunyai teman lelaki ber-trend begini, cuba cuba la nasihat sikit supaya risiko untuk menjadi janda menurun.
5. Hisap rokok time berborak dalam kumpulan kecil di table kedai makan tapi hembus asap ke tepi.
Hah yang ni pula jenis penyayang. Seorang yang caring.Diorang ni jenis tak suka menyusahkan orang lain dan mungkin jenis pemalu atau penakut. Tapi diorang ni memang jenis orang baik-baik. Tahu asap rokok ni boleh membahayakan orang sekeliling dan sanggup berkorban mengherotkan mulut demi kesihatan orang lain di persekitaran. Bagi mereka biarlah sendiri buat, sendiri tanggung dan jangan ada yang terkorban kerana perbuatan sendiri.
6. Hisap rokok jenis hembus merata
Ini jenis berlagak dan besar kepala. Asyik dia saja yang betul. Suka jadi ketua. Suka arah-arah orang. Ni kalau naik motor dengan orang macam ni bahaya. Tak ada nak ingat ingat orang tersayang. Tahu nak laju saja. Tapi yang orait sikit, diorang ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Rasa hormat kat orang tak ada. Pentingkan diri sendiri dan tak ada nak fikir depan dia ada mat-mat yang tak hisap rokok ke, mat-mat SXE ke, atau perempuan mengandung. Elok sound je…
7. Hisap rokok mulanya bukan main eksyen.
Lepas tu tiba-tiba saja tangan letak kat bawah dan cover rokok. kalau dalam gelap, cover bara rokok.
Yang ni jenis penakut atau dengan kata lainnya, tak dapat lesen besar lagi dari mak bapa. Jadi haruslah golongan ini disayangi oleh mak bapa diorang. Cuma diorang saja yang tak sedar diri dan mengada-ngada cakap mak bapa mengongkong. Ada kemungkinan juga takut awek atau wanita yang dah lama dia marking (ala-ala ustazah) nampak seterusnya menyebabkan reputasi jatuh atau kekecewaaan. Ini juga membawa kepada sikap hipokrit, tak jujur dan tak yakin dengan imej kendiri.
8. Rokok jenis beli batang lepas tu keluar rokok dari kocek dah kempis kempis bengkok sambil lurut lurut rokok perlahan-lahan kasi straight.
Yang ni aku dah jarang jumpa. Masa sekolah sekolah selalu la nampak. Mungkin ramai orang sekeliling aku dah meningkat taraf hidup. Diorang ni mungkin juga dalam golongan tak dapat lesen mak bapak. Ye la kalau beli yang kotak kang, mak dia jumpa dalam poket seluar puas pula nak menjawab. Rokok member la, rokok drebar bas tertinggal dalam kocek la. Diorang ni bagus dan boleh diharap. Kalau kita kasi rokok, akan datang kita akan mendapat habuan dari diorang ni atas sikap bersyukur dan menghargai pemberian orang lain.
9. Hisap rokok makan cokelat angin.
Taktikal. Atau mungkin takut kegiatannya dapat dikesan pihak bertanggungjawab. Atau mungkin mahu mem-balance-kan mulut supaya dalam keadaan selesa dan seterusnya membuka selera untuk hisap lagi sebatang dan sebatang.
10. Rokok sebatang kongsi dengan member
yang nie golongan yang bagus.kongsi rokok dengan member2 lain. selalunya rokok mahal la tp rokok murah pun ada gak. golongan nie selalunya dalam kesempitan duit.ya la rokok yang sedap mahal so share la ramai2
Baca Selanjutnya
Posted on Thursday, August 25, 2011 by Nashrul hakimie, under Info, renungan. .
Bercumbuan antara Lelaki & Perempuan tanpa IKATAN | Beromen
Sebenarnya, perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;
1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).
2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).
3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.
4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)
5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).
6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.
Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.
Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman” (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4516)
so apa anda fikir???
renungkan perkara ini...
SUMBER | Aliff Cullen
Baca Selanjutnya
Posted on Wednesday, August 24, 2011 by Nashrul hakimie, under renungan, solution, tips. .
Kebaikan Merokok
Orang duk kata merokok nie bahaya la apa lah..
dorang tak tahu kebaikan merokok sebenarnya..
jom kita usha
1) merokok boleh mengurangkan sifat kedekut
kebanyakkan perokok adalah seorang yang tidak kedekut dan sering menolong orang yang dalam kesusahan. contohnya, seorang perokok mudah meminjamkan lighternya kepada sesiapa sahaja walaupun orang tidak dikenali. perokok juga mempunyai hati yang tulus dengan memberikan rokok mereka kepada orang yang memerlukannya.
2)merokok boleh menghilangkan stress
perokok biasanya menghilangkan stress mereka dengan menghisap rokok. tidak seperti non-smoker yang yang selalunya pergi shopping untuk menghilangkan stress. dengan ini, sifat membazir masadapat dikurangkan.
3)perokok tidak menyusahkan orang lain ketika stress
non-smoker biasanya meraih simpati daripada orang lain untuk menghilangkan stress meraka. dengan ini, perokok tidak membazirkan masa orang lain dan tidak suka tagih simpati.
4)Menambahkan pendapatan negara
jika semua orang tidak merokok, pendapatan negara akan merosot teruk dan gaji para pajawat awam tentu sekali akan menurun. so, perokok adalah aset penting dalam sesebuah negara.
5)merokok dapat menambahkan kenalan
biasanya seseorang yang merokok lebih mesra daripada orang yang tidak merokok. dengan ini, kita dapat menambahkan kenalan tidak kira bangsa dan warna kulit.
6) merokok boleh mengurangkan kepadatan penduduk
perokok biasasnya mempunyai lifetime yang kurang dari non-smoker. dengan ini, kepadatan penduduk dapat dikurangkan.
7)menambahkan pendapatan doktor
dengan merokok, kita dapat menambahkan pendapatan seorang doktor kerana perokok mudah dijangkiti penyakit kronik seperti stroke dan lain2. kos rawatan agak tinggi dan macam biasa, perokok memang suka sedekah sebahagian duit mereka kepada hospital. jika mati perokok juga boleh mendermakan sebahagian organ mereka kepada yang memerlukan
8)mengurangkan pencemaran bahan kimia
semua orang tahu bahawa sebatang rokok mengandungi lebih 7000 bahan kimia. pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurang dengan merokok.
Baca Selanjutnya