Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Kerenah Manusia Ketagih Benda Pelik

LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai karenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hinggalah ke kemaruk tidur bersama pengering rambut.


Dalam musim terbarunya My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.

Melalui musim ketiga My Strange Addiction, siri itu bakal menyiarkan laporan remaja berusia 18 tahun, Kailyn, yang ...mengaku ketagih memakan plastik.

Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.

Malah, kata Kailyn, jika perlu membuat pilihan di antara makanan dan plastik, dia pasti memilih plastik untuk mengisi perutnya.

Antara objek plastik pernah dimakan Kailyn ialah 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol minuman, dua puting, tiga bekas cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju dan 25 tudung plastik.

“Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya,” katanya.

Ditanya mengapa dia kemaruk kepada plastik, Kailyn berkata, ia bukan disebabkan rasanya, tetapi tekstur yang ada padanya.

“Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama,” katanya.

Ketika ditemubual dalam program itu, Kailyn berkata, tekstur alat kawalan jauh televisyen mungkin satu daripada objek paling digemarinya.

Menceritakan bagaimana dia menelan plastik dikunyahnya, Kailyn berkata, dia membuang butang yang ada pada objek berkenaan sebelum meletaknya di kedua-dua belah mulut.

“Kemudian saya akan menelannya,” katanya.

Di sebalik kegemarannya memakan alat kawalan jauh, Kailyn berkata, objek plastik paling disukai ditelan ialah sudu koktel yang mudah ditemui di restoran tempatnya bekerja.

“Saya pelayan restoran dan ada banyak objek plastik di situ,” katanya.

Pada hari biasa dan tiada tekanan, kata Kailyn, dia menelan kira-kira 15 sudu koktel sehari.

“Saya sedar tabiat itu boleh membahayakan kesihatan,” katanya.

What's on Your Mind?
Write A Comment