Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin
Ariff Alfian Rosli yang sedang mencipta nama di Malaysia sejak beberapa jam yang lalu dengan traffic facebook dan twitter.
Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.
Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay bersama mamat gay yang memang gay,dua2 nie memang gay.PRFF!!
Baca Selanjutnya
Posted on Friday, December 16, 2011 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under Info, lawak, renungan. .
Stadium Kelantan FA mirip Cardiff City
Kapasiti
40,000
Reka bentuk dan Layout Dalaman
Cardiff City Stadium dan Stadium Di Germany
Status
Design Siap 100%
akan dihantar ke pihak teratas tidak lama lagi
Baca Selanjutnya
Nursuhaila Masih Kaki Judi, Tabiat Buruk Masih Melekat Kata Jimmy Shanley
Semalam Jimmy Shanley mendedahkan yang isteri beliau, Nursuhaila Eliani Suhaimy merupakan seorang kaki judi walau pun pernah berjanji untuk berubah selepas kahwin.
Menurut Jimmy Shanley, ada satu kejadian pada hari ulangtahun kelahiran ayah Nursuhaila sendiri yang mana membuatkan lelaki ini berang dengan sikap Nursuhaila.
Nursuhaila sepatutnya membeli kek hari jadi dan membawa pulang ke rumah sebagai kejutan namun isteri beliau lewat pulang ke rumah — tanpa kek — dan apabila di’tanya mengaku yang beliau sebenarnya pergi berjudi kerana tertekan.
Bukan itu sahaja, Jimmy Shanley turut mendakwa Nursuhaila sebenarnya lebih pentingkan kawan kawan dari melayan kehendak suami sendiri. – KOSMO!
Baca Selanjutnya
Tuduhan Hamil Luar Nikah Norish Karman
dulu lawa dia nie.. skrg hodoh orrr mcm hantu |
KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman, 35, (Norish) menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.
Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman, berkata sekalipun dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.
“Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.
“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?” luahnya kepada mStar Online.
Tambah pelakon filem Sayang Salmah ini, walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.
“Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.
“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini,” katanya.
Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.
Aksi Norish menyampaikan monolog Bukan Dejavu nukilan Ismail Kassan pada Festival Monodrama di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember lalu.
“Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.
“Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.
“Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Norish berkata dia sudah tidak sabar untuk melancarkan album sulungnya yang memuatkan tujuh hingga lapan trek lagu.
Album tersebut bakal diterbitkan oleh barisan komposer popular termasuk Damien V.E, Johari Teh dan Manan Ngah.
Hasil perkahwinan aktres Singapura itu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan, dan Putri Hany Amanda, tujuh.
Sumber : MyStar
Baca Selanjutnya
Songlap Di Pawagam Berdekatan Anda
perkara asas dalam Songlap yang tidak perlu anda risau adalah jalan cerita, sinematografi dan muzik latar sentuhan Monoloque yang berjaya membawa kelainan mood untuk filem ini.
Songlap menampilkan Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali yang menjadi tunjang utama filem ini — lakonan mereka tidak menghampakan termasuk Sara Ali yang pertama kali memegang watak utama dalam filem.
Tahniah untuk songlap yang memaparkan kisah hidup sebenar di kalangan masyarakat di malaysia. Sudah mula ditayangkan di pawagan berdekatan anda. Harap filem ini dapat PECAH PANGGUNG!!
Baca Selanjutnya
Attack Apparel X HORRYFIED AVAILABLE NOW!
1. Get it now at Attack! Attack! Studio, 1545 2nd Floor Bangunan Yusmah Taman Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan
(http://www.facebook.com/AttackAttackstudio)
OR
2. Order to attackapparel@gmail.com, include your Name, Address, Phone Number, Item Name, and Size.
(http://www.facebook.com/attackapparel)
OR
3. GET IT at ATTACK APPAREL BOOTH AT THIS COMING, AFTERMATH OF MUSIC vol.2, HOTEL REBANA, KOTA BHARU, KELANTAN THIS SATURDAY! BRING YOUR EXTRA CASH!
(http://www.facebook.com/events/292297494134979/)
HORRYFIED Official Merch - RM 50
Size : S, M, L, XL
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under band, Info, photographer. .
UPSTART : New Year 2011
Gegey Music Presents :
UPSTART : New Year
Date : 31th December 2011
Venue : Attack! Attack! Studio, KB
Time : 12pm till end
Tickets : RM 5
Bands :
- The Donkees
- Secretype
- Alphabetical Theory
- Dark Bleeding Ocean
- Endless Imagination
- Last Minute
Baca Selanjutnya
Posted on Wednesday, December 14, 2011 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under band, gig, Info. .
Last Minute - Maafkan Aku (Official Music Video)
Support out local music http://www.facebook.com/minitterakhir
Baca Selanjutnya
Shandy Aulia Berkahwin Tanpa Restu Kedua Belah Pihak Keluarga
Sekitar tahun 2003, Shandy Aulia mencipta nama apabila filem lakonan beliau Eiffel! I’m In Love menjadi bahan bualan anak remaja ketika itu.
Namun hari ini, Shandy Aulia yang kini sudah berusia 24 tahun di’khabarkan berkahwin tanpa restu pihak keluarga.
Shandy Aulia kahwini si jejaka, David Herbowo Isnin lalu di’sebuah majlis ringkas di Pulau Bali, Indonesia dan majlis tersebut tidak di’hadiri oleh ayah kandung Shandy Aulia, Kiemas Yusuf Effendi yang berkata perbezaan agama menjadi punca.
“Sebagai seorang muslim, saya punya keyakinan tak akan datang ke dalam gereja atau tempat ibadah umat lain. Soalnya jatuhnya bisa mengganggu keimanan saja,” ujar Kiemas Yusuf Effendi.
Selain itu, si ayah turut berkata beliau tidak tahu menahu akan niat untuk berkahwin Shandy Aulia sebelum ini kerana si jejaka sendiri tidak pernah datang menemui beliau untuk memohon restu.
Khabar terbaru turut mengatakan yang keluarga David Herbowo juga tidak merestui perkahwinan anak lelaki mereka atas alasan perbezaan agama & budaya yang di’anuti oleh kedua dua pengantin baru itu.
Baca Selanjutnya
Fasha Sandha & Rizal Ashram Bakal Naik Pelamin Mac 2012
Fasha Sandha yang semakin hari semakin mengecap populariti menerusi barisan drama bersiri dan yang baru habis tayangan, Cinta Elysa akan muncul dengan Dari Kerna Mata tidak lama lagi.
comel dia pakai gaun pengantin
Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan bakal berlangsung sekitar tarikh jatuh’nya ulangtahun kelahiran si gadis iaitu 28 Mac 2012 — tetapi ia’nya jatuh pada hari Rabu.
Sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under gossip, Info, photographer. .
Fizo Omar Dakwa Dianiaya Syarikat Dan Guna Nama Buat Pinjaman Lebih RM2 Juta
demo make budu?? |
Mangsa terbaru, Fizo Omar semalam tampil memberikan kenyataan kepada media berhubung kes penganiayaan beliau dengan pinjaman lebih RM2 juta oleh syarikat lama beliau.
Menurut Fizo Omar, beliau menyertai syarikat ini sekitar tahun 2008 dan sudah tidak aktif sejak penghujung tahun yang sama dan baru baru ini di’kejutkan dengan panggilan telefon dari pihak bank.
Menurut bank, Fizo Omar merupakan salah seorang penjamin untuk satu pinjaman perniagaan berjumlah RM8 juta tetapi setakat ini hanya lebih RM2 juta di’keluarkan oleh pihak bank.
Fizo Omar mendakwa beliau sendiri tidak tahu menahu akan sebarang proses permohonan pinjaman yang di’lakukan oleh syarikat tersebut kerana sudah tidak aktif dan menumpukan perhatian kepada aktiviti seni.
Sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya
Sejarah Hidup Puteri Saadong
Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.
Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia.[1][2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.
Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya Puteri Saadong iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.
Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.
Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat dan Puteri Saadong mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.
Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.
Baca Selanjutnya
Sejarah Hidup Cik Siti Wan Kembang
Apabila Sultan Mansur Shah (Kelantan) mangkat 1526, maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584.
Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara Di Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610, maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini.
Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka di sebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638. Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649.
Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal.
Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.
Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Baca Selanjutnya
Budu itu HEBAT!!! Makanlah sebelum terlambat
Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan
reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.
Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan
sumber : myberita.com
Baca Selanjutnya
Shaheizy Sam:Sekarang saya kerja dahulu dan mahu membina kerjaya
gambar ketika pra tonton filem SONGLAP |
Pasti korang semua ingat tentang watak sam dalam cerita kongsi=tumulak
dan watak adnan dalam movie adnan sempit. yang memberi imbak yang sangat kuat dalam industri filem malaysia.
Sam juga seorang perlakon yang berkerja keras untuk menjayakan watak dalam sesuatu filem. tanpa usaha seperti ini sam tidak akan berdiri dalam industri ini
“Mana ada siapa siapa. Takde’lah. Sekarang saya kerja dahulu dan mahu membina kerjaya,” jawab Shaheizy Sam ringkas ketika kami lontarkan soalan berkaitan soal hati & siapa gadis bertuah menjadi pendamping beliau kini.
gambar selebihnya di RotiKaya.com
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul hakimie, under gossip, Info, photographer. .
Someone Out Of Town, Klip Video terbaru yang Yuna Lancarkan Di MTV
Yuna yang kini semakin aktif berkarya dan melebarkan sayap pengaruh muzik beliau di Amerika Syarikat hari ini melancarkan sebuah video klip terbaru menerusi laman web rasmi MTV.
Video klip untuk lagu berjudul Someone Out Of Town ini memaparkan Yuna dan hanya Yuna sepanjang 3 minit video klip ini berlangsung. Bukan bosan, tetapi rasa’nya kami perlukan jalan cerita.
Tidak mengapa. Video klip ini tetap awesome dan adakah anda tahu bahawa esok Yuna akan mengadakan sebuah konsert maya pertama bersama Maxis. Tempah tiket anda sekarang, tinggal 1,674 tempat sahaja.
Sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya
Posted on Tuesday, December 13, 2011 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under gig, Info, music, video. .
Spesis Mendatak Mentadu yang lawa dan ganas!!
Mentadak mentadu atau praying mantis adalah serangga yang sangat unik. Ia adalah sejenis serangga yang mempunyai 2200 macam spesis yang berbeza. Ia dapat menyembunyikan diri dalam persekitaran dengan mudah kerana warnanya yang seakan-akan daun dan ranting. Post kali ini kami nak kongsikan beberapa spesis mentadak mentadu yang sangat cantik, unik dan menakjubkan, bukan sekadar gambar malahan beberapa info yang mungkin berguna untuk anda.
Orchid Mantis (Hymenopus coronatus)
Spiny Flower Mantis (Pseudocreobotra wahlbergii)
Mentadak mentadu yang cantik seperti bunga orkid ini boleh didapati di hutan hujan yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan Malaysia. Kononnya ia sejenis haiwan karnivor yang memakan kupu-kupu, rama-rama, lebah dan cicak. Tapi ada sumber mengatakan pernah ternampak serangga ini memakan cebisan kecil buah pisang. Ini mungkin untuk mengimbangkan vitamin dan diet mentadak ini.
Giant Devil’s Flower Mantis (Idolomantis diabolica)
Mentadak spesis ini berasal dari Kenya, bahagian bawah abdomen mentadak ini mempunyai bentuk seakan duri pokok (spine) dan sebab itu ia diberi nama spiny mantis. Mentadak jenis ini mempunyai corak yang kelihatan seperti mata di bahagian sayapnya yang juga sangat berguna ketika penyamaran. Jangan terpedaya dengan kecantikan dan kecomelan mentadak ini kerana ia boleh menjadi pemangsa yang sangat ganas.
Devil’s Flower Mantis (Blepharopsis mendica)
Mentadak ini juga diberi gelaran “Raja Segala Mentadak” mungkin kerana faktor saiz dan daya tarikkannya. Mentadak gergasi yang bersaiz lebih kurang 6 cm ini adalah yang terbesar sekali di kalangan mentadak dan berasal dari Tanzania. Ia juga merupakan mentadak yang mempunyai rupa yang sangat ganas dan pakar dalam teknik penyamaran.
Nigerian Flower Mantis (Chloroharpax modesta)
Mentadak jenis ini dijumpai di Afrika Utara dan Canary Island. Ia juga dikenali sebagai Egyptian Flower Mantis dan Mentadak Arab. Sama seperti saudara gergasinya, ia juga mempunyai sesungut yang kelihatan seperti tanduk. Ia juga merupakan serangga karnivor sama seperti menatdak mentadu yang lain. Kakinya yang berduri memudahkan lagi untuk mencangkam mangsa. Kepalanya boleh berpusing 300 darjah, sangat membantu dalam proses mengenalpasti dan mencari mangsa.
Indian flower mantis (Creobroter pictipennis)
Mentadak spesis ini berasal dari Afrika Barat. Ia kelihatan kecil sebab ini adalah baby mentadak dan ia bersaiz lebih kurang 4-5mm saja. Walaupun ia kelihatan sangat comel tapi ia mempunyai tabiat yang agak pelik dan ganas. Ia akan makan saudaranya sendiri dalam proses pembesaran melainkan terdapat banyak bekalan makanan.
Jeweled flower mantis (Creobroter gemmatus)
Seperti namanya mentadak spesis ini berasal dari India, ia mempunyai warna yang sangat terang dan corak yang menarik di sayapnya. Badan mentadak mentadu India jantan panjang dan sayapnya melebihi badan manakala yang betina lebih lebar dan sayapnya tidak begitu besar. Ia mempunyai corak mata yang garang di bahagian sayap belakangnya yang digunakan untuk menakutkan pemangsa. Mentadak ini juga terkenal dengan keganasannya memburu mangsa. Mentadak ini sama seperti Indian Flower Mantis di atas tapi bezanya pada corak di bahagian sayapnya. Mentadak ini berasal dari Asia dan mempunyai badan yang berwarna hijau dan putih. Mentadak ini bersaiz 4cm panjang dan mentadak betina mempunyai saiz badan yang lebih besar. Warnanya yang agak dull memudahkan serangga ini untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran untuk tujuan penyamaran.
Sumber : cisdel
Baca Selanjutnya
Posted on Monday, December 12, 2011 by Nashrul hakimie, under Gambar, Info, photographer, renungan. .
Awie Cari Gaduh Di Pulau Langkawi, Lapor Polis Selepas Kena Belasah?
Satu sumber dari Pulau Langkawi menyampaikan kisah ini kepada kami semalam tentang kelakuan terbaru Awie di’sana.
Kisah ini masih 50/50 akan kebenaran’nya dan pertimbangan minda sihat di’sarankan ketika membaca gossip ini.
Al-kisahnya, minggu lepas Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang kami di’fahamkan sebagai bodyguard Awie.
Ketika berada di sebuah pusat hiburan, Awie telah bergaduh mulut dengan seorang lelaki atas sebab sebab yang tidak dapat di’pastikan dan ia’nya mencapai kemuncak apabila Awie melontar cabaran dengan memanggil lelaki ini sebagai penakut dan bacul.
Dan, terjadilah pergaduhan fizikal yang sah sah berpihak kepada Awie dan dua orang bodyguard beliau itu. Awie turut di’laporkan menggunakan buku lima dalam pergaduhan tersebut.
Episod 2 – Si Abang Balas Dendam
Lelaki yang teruk di’belasah ini mengadu kepada abang beliau yang terus berusaha mencari Awie dan rakan rakan’nya malam itu juga — adik sendiri kena belasah, siapa yang boleh duduk diam.
Awie dan dua orang rakan’nya telah berpindah lokasi berhibur malam itu dan si abang kebetulan berjumpa dengan mereka di Sunba Retro Bar. Sekali lagi pergaduhan fizikal terjadi.
Namun nasib kali ini tidak menyebelahi Awie dan rakan beliau kerana si abang seorang diri berjaya mematahkan kekuatan mereka bertiga — maklum’lah, si abang adalah guru Silat Bunga Kedah.
Episod 3 – Awie Buat Laporan Polis
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan si abang dan kerana kedudukan beliau yang agak selesa dalam persatuan, Awie di’katakan telah mengarahkan beberapa rakan’nya yang lain untuk mencari si guru silat ini.
Dan, Awie di’khabarkan telah membuat laporan polis yang konon’nya beliau telah di’serang tanpa sebab malam tersebut. Kesudahan nasib si abang tidak dapat sumber kami pastikan.
Sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya
XX Ray III
Aziz M Osman menerusi akaun Twitter rasmi beliau beberapa hari lalu menulis yang beliau ‘sedang bermain main’ dengan idea untuk menerbitkan filem ketiga dengan jenama XX Ray – obviously XX Ray III.
Jika filem pertama berkisar tentang Amir yang bertukar menjadi invisible man & filem kedua berkisar pengembaraan Amir dan kawan kawan ke tamadun kesultanan Melaka — selepas 17 tahun Aziz M Osman bercadang akan membawa masa lampau ke dunia moden untuk XX Ray III.
Sumber : Rotikaya.com
Baca Selanjutnya
Telur Ayam Berdiri Ketika Gerhana
Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.
Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut.
Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah "air pasang perbani" atau disebut juga air pasang besar.
Rujukan: Wikipedia
Sumber: Facebook
Kredit pic : Bukan Kerna Nama
Baca Selanjutnya
Posted on Sunday, December 11, 2011 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under Info. .
Dengan Sekali Lafaz, Ana Dahlia Bergelar Isteri Kepada Chef Riz
Tepat jam 12.20 tengahari tadi, Ana Dahlia sah menjadi milik Chef Riz dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan selebriti berlainan dunia ini berlangsung di rumah keluarga Ana Dahlia di Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Ana Dahlia menerima hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin bernilai RM1,001 di majlis pernikahan tersebut.
Chef Riz menerima 15 dulang hantaran dan membalas dengan 13 dulang hantaran daripada pihak Ana Dahlia.
Resepsi pertama perkahwinan Ana Dahlia & Chef Riz akan berlangsung malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.
Baca Selanjutnya
Posted on by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under Info. .
iHelicopter : iPhone + Helicopter Kawalan Jauh
Menarikkan helikopter ini? Harganya serendah $59.99 USD dan kononnya mempunyai penghantaran percuma ke serata dunia. Selain daripada iPhone, iHelicopter ini juga boleh dikawal menggunakan iPad, iPod Touch dan beberapa telefon Android seperti HTC Desire, Hero, Incredible S dan lain-lain lagi.
Sumber : encik Lembu ihelicopters, bitrebels
Baca Selanjutnya