Hafiz Dan Adira Sudah Putus, Mahu fokus pada kerjaya
tuhan tolong lembutkann diaa
hehe cececeee nak menyanyi la pulak.
confirm tahu kan lagu apa kube cuba nyanyi.
lain tak bukan OST ongbak rindu la
Kini pasangan ni dah ambil keputusan untuk putus dan fokus pada kerjaya masing-masing
lagu duet mereka nie best la. sampai kube pun minat lagu neh heheheh
gua layan hardcore je derr first time tertarik dengan lagu jiwang
Kata Hafiz:-
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya
Manakalah Adira pula tidak menolak yang kesibukan kerja merupakan salah satu perpisahan mereka:-
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka
p/s hidup muda lagi laa. kasi puaskan nafsu remaja dulu.baru fikir nak dirikan istana. Cinta tidak akan lari kalau tidak dikejar
Related Posts : gossip,
Info
What's on Your Mind?
Write A Comment
Posted on Tuesday, January 3, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under gossip, Info.