Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Safee Sali Dan Safiq Rahim Gagal Ke Cardiff



Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee menyifatkan peluang dua tonggak negara Safiq Rahim dan Safee Sali menyarung jersi The Bluebirds sebagai tipis. Safee dan Safiq nyata tidak mempersiakan peluang yang diberi Cardiff dengan mereka mendapat pujian pengurus pasukan Malky Mackay atas komitmen yang ditunjukkan.



Selepas Safee, Safiq kemudian turut mencuba nasib menjalani latihan bersama kelab Liga Kejuaraan itu. Tien Ghee berasakan rakyat Malaysia wajar berbangga dengan kesungguhan yang dipamer Safiq dan Safee itu.



“Bagi saya, prestasi yang dipamerkan kedua-dua pemain sangat hebat dan rakyat Malaysia wajar berbangga kerana telah melahirkan dua pemain hebat.

“Namun atas faktor tertentu, peluang Safee dan Safiq untuk beraksi bersama Cardiff dilihat agak tipis memandangkat aspek ranking dan permit kerja menjadi penghalang utama untuk mereka dibawa bermain di sini,” kata Tien Ghee.



Walaubagaimanapun, pengerusi Cardiff City itu berasakan peminat bola sepak tanah air perlu berdepan realiti, perjalanan buat pemain negara untuk beraksi di Eropah secara kompetitif masih jauh.



Disamping itu, Tien Ghee menaruh harapan tinggi agar reputasi yang ditinggalkan Safiq dan Safee akan membuka jalan untuk merealisasikan hasrat itu.

Sumber Selengkapnya Disini

What's on Your Mind?
Write A Comment