Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Khunsa dan sifatnya

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

lebih pompuan ker.. lebih pada lelaki..ataupun utk lebih pasti tengok alat kelamin dia yg mana lebih berfungsi ..esp masa dia buang air mengikut satu pendapat, khunsa ni kalau berwuduk, kemudian disentuh oleh lelaki atau perempuan, tidak batal wuduknya, tetapi akan terbatal kalau disentuh oleh lelaki dan perempuan pada masa yg sama..Tau tak, kita boleh berkahwin dgn khunsa mengikut jantina dia, maksudnya kalau lelaki kahwin dgn khunsa 'wanita' , kalau pompuan kahwin dgn khunsa 'lelaki'.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.

ok, kita terus ke ceritanya,
Kisah berlaku pada zaman seorang khalifah di zaman nabi, diceritakan, ada seorang ni dia telah berkahwin dengan seorang khunsa..yg lebih kepada perempuan kemudian, sbg hadiah perkahwinan, dia telah menghadiahkan isterinya (khunsa tersebut) dgn seorang hamba wanita..tak lama kemudian, khunsa tu telah mengandung dan melahirkan seorang anak..tetapi kekecohan berlaku apabila khunsa tersebut telah berlaku curang dgn hamba wanita tersebut sehingga hamba tersebut mengandung! maka dipanggil khalifah tersebut untuk menetukan kesahihan nya.. dan setelah diteliti, didapati khunsa tersebut boleh dijimak dan menjimak, boleh mengandung dan mengandungkan orang...tak tau jantina apa dia..jadi untuk menentukan jantina khunsa tersebut, khalifah tersebut telah membilang tulang rusuk yg ada pd dia kalau terlebih dia pompuan, kalau terkurang dia laki (correct me if i'm wrong) sbb, masa kejadian hawa dulu, tulang rusuk adam telah diambil utk menjadikan hawa..habis didapati, dia lebih kepada lelaki...jadi sahlah dia khunsa 'lelaki' dan dia dipisahkan dari suaminya, terpaksa bercerailah.

p/s gambar diatas bukan niat memaparkan gambaran lucah. info bertujuan memberi info kepada pembaca pembodohan minda sudah tamat 3.0. SHARING IS CARING. Ilmu diberi untuk dikongsi.

What's on Your Mind?
Write A Comment