Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Masjid Muhammadi dan Badhri Razi (PIYA)

al-kisah seorang pemain bola sepak Kelantan, atau dalam bahasa politik komersialnya, The Red Warriors, pemain yang baru sahaja mendapat cap pertama bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya menentang kelab Liga Inggeris, Chelsea,  juga seorang kapten di tengah padang Stadium Sultan Muhammad IV, al-kisah pemuda ini dengan kerja amalnya di luar kotak penalti. Tidak akan di paparkan oleh Sinar Harian mahupun Kosmo! melainkan The Kelantan Times. Suatu petang Ramadhan apabila matahari menanda Asar sudah mengetuk pintunya, maka bersolatlah seluruh manusia di dalamnya. Pernah juga terkadang itu melihat kelibatnya solat berjemaah Asar & Isya’, kerana dikatakan rumahnya berhampiran dari sini. Usai solat, terduduk ditangga sedang membelek-belek helaian nashkah al-Quran yang berada dalam genggaman, maka, secara kebetulan terlihat pula nama pemilik yang mewaqafkan al-Quran tersebut.







Jika dilihat serampang dua mata, modus operandi-nya samalah seperti Frederic Kanoute, pemain kelahiran Mali yang berkelana di Sevilla, kelab La Primera Liga Sepanyol dengan kerja amalnya sebagai seorang Muslim. Kanoute telah membeli sebuah masjid untuk masyarakat di Sevilla untuk menyelamatkannya daripada ditutup, cerita Badhri Radzi tidaklah sehebat Kanoute, tapi ia cukup untuk membuka mata kita untuk beramal tidak kira siapa kita akan statusnya. Mohd Badhri Radzi atau Piya telah membeli puluhan naskhah al-Quran untuk diwaqafkan kepada jemaah Masjid Muhammadi Kota Bharu. Satu usaha yang baik dari seorang pemain bola sepak, bah kan seorang kapten contoh anak tempatan di atas padang. Namun, usahlah dinilai melalui sumbangan material semata-mata, apa yang nampak dimata tidak sama yang terbit dihati, kerana keihklasan dalam memberi itu lebih mulia dari material yang disumbangkan, samalah seperti 10 Sen yang ikhlas lebih baik dari 1 Ringgit yang riak. Tapi, Badhri Radzi : Seorang kapten contoh !

SUMBER : Kelantan Times

p/s : walaupun sudah pandang ke langit tp piya masih tengok ke tanah. jangan jadi mcm sesetengah permain yang lupa diri dan hanyut dengan dunia

What's on Your Mind?
Write A Comment