Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Revolusi Social Network

aku rasa semua orang ada acc social network kan.jarang betul la kalau budak2 muda skrg yang tak ada facebook..aku kata macam nie disebabkan kebanyakan pelanggan yang datang kat cyber cafe aku kesemuanya datang untuk online FB. Dan persaingan laman sesawang sekarang semakin rancak>>> rasanya FB yang paling rancak dan site lain macam hidup segan mati tak mahu

Tapi ada pula muncul social network yang baru myfriends2u yang rasanya malaysia punya kot...

nie ada fakta kanapa dia join myfriends2u oleh seorang blogger malaysia
  • Aku berasal dari Malaysia. Buat masa ini, 100% kenalan aku dari Malaysia sama ada kenalan lama yang telah terputus hubungan ataupun kenalan yang sedang aku berhubung.
  • Keluarga aku juga berada di Malaysia. Walaupun mungkin sekali-sekala ke luar negara, rumah tempat tinggal mereka masih di Malaysia.
  • Aku juga seorang blogger walaupun bukan sepenuh masa. Buat masa sekarang, aku mempunyai 3 blog peribadi dan 1 lamanweb berkaitan hobi/perniagaan. Blog-blog aku ditulis 90% (agak-agak sahaja) dalam bahasa Melayu dan aku tumpukan untuk pembaca dari Malaysia. Jika aku ingin memasarkan produk, pasaran dalam Malaysia adalah perkara pertama dalam agenda aku tentunya.



jadi facebook vs myfriends2u.
kita mulakan dengan facebook

1.Layout yang kemas dan sangat baik walaupun terdapat beberapa menu yang kedudukannya agak sukar ditemui.

2.Walaupun mempunyai ruang pengiklanan,banner ataupun iklan gambar,Facebook mempunyai ciri atau ruangan pengiklan untuk mengiklankan sesuatu yang pengguna tidak akan menyangka itu adalah iklan.

3.Pada awal pembuatan akaun didalam facebook pengguna di minta untuk memilik jaringan utama pengguna berdasarkan negara.Dengan ciri ini pengguna dengan mudah dapat mencari rakan-rakan dinegara tersebut.

4.Dari segi kumpulan,berbeza dengan friendster yang mengharuskan pengguna membuat akaun untuk berkomunikasi, di Facebook komunikasi adalah sangat mudah dan berkesan disebabkan pengguna boleh membuat kumpulan dimana kumpulan pengguna tersebut memiliki ciri yang sangat baik untuk berkomunikasi secara online seperti diskusi,gambar,wall,testimoni dan sebagainya.

5.Facebook mempunyai ciri yang dinamakan sebagai photo album.Ciri ini membolehkan kita menyimpan gambar mengikut kategori yang kita ciptakan sendiri.Dan ruangan untuk menyimpan gambar juga adalah tiada had yang bermakna pengguna boleh menyimpan seberapa banyak yang mereka mahu.

6.Facebook mempunyai ciri yang memungkinkan pengguna menawarkan barang atau pertolongan kepada rakan-rakan yang lain.

7.Didalam Facebook pengguna boleh mengisi kegiatan atau peristiwa yang mereka lalui didalam facebook untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.Contohnya seperti majlis kahwin,pelancaran produk baru dan sebagainya yang membolehkan rakan-rakan lain memberi pendapat.

8.Status update adalah satu lagi ciri ,menarik didalam Facebook. Pengguna boleh mengisi status terkini kita pada hari tersebut.Contonya sekarang masih di rumah,terus menghadiri kuliah dan sebagainya.Oleh itu pengguna boleh mengetahui kegiatan harian rakan-rakan yang lain.

9.Mobile akses satu lagi ciri yang menarik di dalam Fcebook.Pengguna boleh update status terkini rakan yang lain,menambah kenalan baru dengan hanya mengirim SMS.Ianya hampir sama dengan perbankan melalui SMS.

10.Ciri yang dicipta di dalam facebook juga termasuk para pengguna boleh membuka Facebook hanya dari telefon bimbit.Dengan ciri yang disesuaikan dengan ciri-ciri telefon bimbit,kini pengguna boleh mengakses lama web Facebook dengan mudah dan cepat .

sumber::: http://www.syokarticle.com

kemudian myfriends2u

1.Muka laman pengguna boleh diubah mengikut spesifikasi dikehendaki pengguna untuk menjadikan portal ini lebih mesra pengguna.

2.Myfriends2u.com mewujudkan kumpulan "U Life" untuk menyatukan semua pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dan juga mereka yang menuntut di luar negara.

3.boleh melakukan kolabarasi bersama agensi kerajaan agar masyarakat umum mudah memperoleh maklumat atau mendekati mereka.

4.Segi keselamatan pula, pihak pengurusan laman ni akan sentiasa memantau setiap posting yang dilakukan pengguna portal laman berkenaan untuk memastikan isu-isu sensitif, politik dan keagamaan tidak disalahgunakan oleh mereka tidak bertanggungjawab.

5.Boleh submit iklan macam lelong.com dan mudah.my

6.Boleh mencari peluang kerja macam jobstreet

nota akhir::walau apa pun aku sebagai anak malaysia akan terus menyokong hasil kerja anak tempatan... aku dah join myfriends2u korang bila lagi

What's on Your Mind?
Write A Comment