Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Masih Pergi ke Kelab Malam - Tasha Shilla

Tasha Shilla antara artist yang boleh digelarkan hot chick di malaysia. Dulu ada gosip yang mengatakan dia menari ghairah di sebuat kelab malam. Namun dia menafikan dakwaan tersebut.


KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2012: Pelbagai gosip dan kontroversi melanda pelakon Tasha Shilla,25 kini. Jika dahulu namanya kurang dikenali namun segalanya berubah seiring dengan kerjaya seninya yang semakin berkembang.

Bukan satu atau dua, sebaliknya nama Tasha Shilla semakin mekar terpalit dengan cerita kurang elok antaranya menari ghairah di kelab malam sempena sambutan hari lahirnya, mabuk dan di bela oleh orang kenamaan, sedikit sebanyak membuatkan masyarakat mula mengenalinya.

Tasha Shilla berkata, meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya berikutan kunjungannya ke kelab malam, namun semua itu tidak akan mengubah dirinya daripada terus mengunjungi tempat huburan berkenaan.

"Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi.

"Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam," katanya kepada portal murai.com.my menjawab segala dakwaan yang timbul mengenai dirinya sejak kebelakangan ini.

Enggan lagi berterusan diulit dengan kisah kontroversi seperti itu, dia berharap agar kisah berunsur negatif itu akan segera berakhir. Malah dia bersyukur segala dugaan yang mendatang membuatkannya lebih kuat dalam menghadapi ujian sebagai anak seni.

"Saya tahu bukan semua orang sukai dengan kita dan saya tidak boleh buat semua orang mempercayai kata-kata saya. Apabila kisah kontroversi saya keluar, saya ditemuramah oleh pihak wartawan dengan memberi penjelasan, untuk membersihkan nama saya juga.

"Tetapi boleh pula orang kata saya sengaja menegakan benang yang basah. Jadi saya malas hendak fikir banyak kerana tidak mahu menganggu karier saya,"jelasnya lagi.

Ditanya adakah dia selesa semakin dikenali dek kerana kontroversi yang dicipta berbanding hasil kerjanya, pelakon tersebut tidak mahu senario tersebut berterusan melanda dirinya.

"Sudah semestinya saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri saya. Saya tidak rasa pula sekarang saya semakin popular cuma saya semakin diterima ramai. Saya berharap cerita yang saya yang tidak elok yang acapkali terkena pada diri saya akan dapat dihentikan dan mahu bakat saya lebih diberi perhatian oleh peminat,"ucapnya.

What's on Your Mind?
Write A Comment