Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Ramalan 100 Tahun Akan Datang


1. Kita akan berkomunikasi melalui pemikiran sahaja. Ianya sangat mungkin. Kita boleh menghantar fikiran secara telepati semudah melayari internet.

2. Dunia hanya akan mempunyai satu unit mata wang sahaja. Ahli futurologists iaitu Ian Pearson dan Patrick Tucker kurang bersetuju dalam hal ini kerana perkara sebaliknya mungkin akan berlaku.

3. Robot Nano akan mendiami tubuh, memperbaiki sel rosak, dan boleh merakam memori kita. Kini, teknologi nano sangat pesat membangun. Oleh itu, perkara ini berkemungkinan bakal berlaku.

4. 8 peratus daripada dunia akan membenarkan perkhawinan gay. Penerimaan perkahwinan gay seakan-akan tidak dapat dielakkan terutamanya di Barat. Namun hal ini sememangnya akan mendapat tentangan hebat daripada penggiat agama.

5. Kita akan mampu mengawal keadaan cuaca. Keberangkalian hal ini terjadi adalah tinggi. Sekarang ini pun sudah ada teknologi untuk mengawal cuaca seperti membuat hujan tiruan.

6. Hanya terdapat 3 bahasa sahaja yang akan digunakan iaitu English, Spanish, dan Mandarin. Sekarang ini juga sudah terdapat banyak bahasa yang mengalami kepupusan penuturnya. Oleh itu tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

7. Wanita akan mengandung secara artificial dan bukan melalui lelaki. Ini hanya ramalan sahaja. Kini juga terdapat ramai pasangan yang memilih kaedah kesuburan yang lebih maju seperti pre-implantation genetic diagnosis.

8. Perkahwinan menjadi kontrak tahunan. Pada masa depan, diramalkan bahawa akan lebih banyak hubungan perkahwinan yang tidak kukuh. Oleh itu, kemungkinan kontrak perkawinan secara bermusim akan berlaku. Ini kerana lebih banyak orang yang memberi komitmen yang pendek dalam perkahwinan.

What's on Your Mind?
Write A Comment