Kasut Rekaan Neelofa Untuk Ezlynn
Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.
Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu.
Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.
Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin.
kasut platform berwarna emas ini menggunakan renda, mutiara dan kristal Swarovski sebagai hiasannnya dan akan dikenakan oleh Ezlynn untuk majlis resepsi yang berlangsung esok di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.
Related Posts : ArtistMalaysia,
Info,
Neelofa
What's on Your Mind?
Write A Comment
Posted on Tuesday, January 10, 2012 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under ArtistMalaysia, Info, Neelofa.