Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

3-1=2 Sepah Menjadi Sepahtu


KUALA LUMPUR – Juara Maharaja Lawak dan juara Raja Lawak Musim 3, kumpulan Sepah seperti yang dijangkakan telah dibubarkan secara rasminya semalam.

Namun Jepp dan Shuib, dua ahli Sepah yang asal mengambil langkah membentuk kumpulan baru yang diberi nama Sepahtu (SepahTwo).

“Umum mengetahui yang Jepp sendiri baru-baru ini mengakui bahawa Mamat adalah punca perpecahan kumpulan Sepah. Maka dengan tertubuhnya kumpulan Sepahtu ini, diharap Jepp dan Shuib akan mampu memberikan yang terbaik tanpa gangguan daripada pihak lain,” seperti yang dipetik dari laman web Beautifulnara.com.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Jepp dan Shuib di sidang akhbar bertajuk “Sepahtu Bikin Album” di sini semalam.

Kumpulan Sepahtu bukan hanya akan menyerikan dunia seni lawak tanah air, mereka juga akan mengeluarkan album lagu setelah memetrai perjanjian bersama MW Entertainment Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records.

Album itu akan diedar dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia serta dijangka siap pada penghujung tahun.

Antara komposer dan penulis lirik yang bakal memberi sentuhan pada album itu adalah Datuk M.Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan juga kumpulan Sepahtuh sendiri.

Mereka akan mengetengahkan genre pelbagai rentak terdiri daripada pop, rock dan beberapa genre yang lain.

Itu adalah langkah ke hadapan yang pasti dinanti-nantikan peminat kumpulan berkenaan.

What's on Your Mind?
Write A Comment