Peraturan Seks Yang Pelik
Di Bahrain, doktor lelaki sah secara hukum untuk memeriksa alat vital wanita, tetapi dilarang secara langsung melihatnya selama pemeriksaan. Mereka hanya diperbolehkan melihatnya melalui sebuah cermin.
Di Guam ada pekerjaan full-time bagi para lelaki untuk memerawani gadis-gadis, yang membayar mereka untuk melakukan hubungan seks pertama kalinya..
Alasannya: Menurut hukum di Guam, wanita yang masih dara dilarang menikah.
Hong Kong, isteri yang dikhianati sah secara hukum membunuh suaminya yang curang, tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong. Sedangkan kalau isteri curang, boleh dibunuh dengan cara apapun.
Colombia, wanita hanya diperbolehkan berhubungan seks dengan suaminya pada malam pertamadengan syarat sang ibu dari wanita harus berada di dalam bilik untuk menyaksikan adegan tersebut.
Santa Cruz, Bolivia, adalah tindakan melawan hukum jika seorang lelaki melakukan hubungan sex dengan seorang wanita dan anak perempuannya pada saat bersamaan.
Hungary, pasangan tidak boleh melakukan hubungan seks dalam keadaan bilik yang cerah walaupun hanya diterangi cahaya lilin.
Oregan, lelaki tidak dibenarkan menyebut kata-kata kesat semasa melakukan hubungan seks tetapi wanita bebas untuk mengeluarkan apa-apa sahaj perkataan.
Venezuela, lelaki atau wanita yang belum berkahwin dilarang sama sekali melakukan hubungan seks dengan lelaki atau wanita yang bodoh.
Ecuador, lelaki berhak memulangkan wanita yang dikahwini kepada keluarganya semula jika didapati wanita tersebut sudah tidak mempunyai dara.
Baca Selanjutnya
Posted on
Thursday, March 29, 2012
by
Unknown,
under
InfoDunia.
.
KFC Tiruan Di IRAN??
Sebauh restoran Kentucky Fried Chicken dibuka di bandar Karaj, Iran baru-baru ini. Pembukaan "KFC" ini mengejutkan ramai pihak kerana restoran KFC ditutup secara pukal pada tahun 1979 ketika Revolusi Islam kerana dilabel tidak Islamik dan terlalu Amerika. Pemegang francais "KFC Iran" , Ami-Hossein Alizadeh berkata beliau membuka restoran KFC ini setelah mendapat persetujuan KFC Amerika. Walaubagaimanapun KFC Amerika menyangkal kenyataan beliau kerana semua orang pun tahu Amerika menyekat perdagangan antara mereka dan Iran sejak berdekad lamanya. Pihak KFC Amerika juga kini bercadang menyaman Alizadeh kerana menggunakan cap dagang dan nama Kentucky Fried Chicken tanpa kebenaran mereka.
Restoran (PERSIAN Fries Chicken)PFC bkn KFC


Posted on
Tuesday, February 28, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia.
.
Injil Yang 100% Original Ditemui Di Turki
Adakah ini Gospel Barnabas yang tulen??
sebuah kitab injil purba ditemui di turki dan sekarang dipertontonkan. Menurut info yang admin dapat kitab injil ini dianggarkan berusia lebih 1500 tahun.Injil ini sangat unik dari kitab sekarang yang telah diolah oleh paderi-paderi sebelumnya kerana terdapat sepotong ayat yang menyebut tentang Nabi Muhammad (SAW)

antara ayatnya adalah
Kitab injil ini sebenarnya ditemui dalam sebuah rampasan pada tahun 2010. Ketika ianya ditemui injil purba ini cuba diseludup keluar dari Turki. Selama dua tahun kewujudannya dirahsiakan pihak Turki sementara itu kerja pemuliharaan dilakukan untuk memastikan kitab ini terjaga. Kitab injil ini diperbuat dari kulit lembu dan ditulis dengan dakwat keeemasan menggunakan bahasa Aramaic yang wujud ketika Nabi Isa masih hidup. Ianya dianggarkan bernilai USD 14 Juta. Sebuah salinan fotokopi dari Gospel Barnabas injil ini pula dikatakan pernah dijual pada harga USD 1 Juta!

Pihak Vatikan turut menyatakan hasrat untuk melihat sendiri Injil ini bagi memastikan ketulenannya. Ramai ahli arkaelogi menyangkal kesahihannya kerana ianya ditulis 500 tahun selepas kewafatan Isa A.S.- dailymail

Baca Selanjutnya
Posted on
Monday, February 27, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia,
Islam,
renungan.
.
Gambar Pertandingan Beromen Paling Lama Di China
18 Febuari lalu telah diadakan pertandingan berkucup paling lama di Hefei, Provinsi Anhui China. Seramai lebih daripada 50 orang pasangan memasuki pertandingan comolot paling lama ini denghan harapan memenangi sebentuk cincin permata bernilai 50 000 Yuan (Rm 24 000). Pertandingan ini dimenangi pasangan yang berjaya bercium selama 2 jam 43 minit. Tidak la sehebat ciuman pasangan gay di thailand tapi pasangan lelaki perlu mengangkat pasangan perempuan semasa melakukan ciuman.Tengok sendiri gambar di bawah sampai pangcit si perempuan ^^




Posted on
Sunday, February 26, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar,
InfoDunia.
.
Berbaris Penjang Untuk Lihat Janggut Nabi Muhammad
DHAKA, Bangladesh - Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.
Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.
Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. - Agensi
Baca Selanjutnya
Posted on
Thursday, February 23, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia,
Islam.
.
Rekod Ber'Romen Paling Lama Di Dunia Milik Pasangan Gay Thailand
Nontawat Jaroegenasornsin (31) dan Thanakorn Sittiamthong (28) yang berasal dari Thailand adalah pemegang rekok paling lama beromen. Pasangan gay ini berjaya bercium selama 50 jam 25 minit dan 1 saat. Rekod baru ini ialah pembaharuan selama 4 jam dari rekod lama yang dicipta tahun lalu yang juga milik pasangan dari Thailand. Pasangan gay ini ialah salah satu daripada 7 pasangan yang mengambil bahagian dalam percubaan mencipta rekod ciuman paling lama yang dianjurkan pihak Ripley's Believe it Or Not di Pattaya Thailand. ontawat Jaroegenasornsin dan Thanakorn Sittiamthong memenangi hadiah bernilai USD 6500 dalam bentuk cincin permata, pakej penginapan hotel 5 bintang dan wang. Sepanjang percubaan memecah rekod pasangan yang bertanding harus minum, menyahtinja dan tidur sambil becomolot. Adakah anda mampu memecahkan rekod dunia ini? Sapa Gay Angkat Tangan!!!


Baca Selanjutnya
Posted on
Tuesday, February 21, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia,
renungan.
.
Gadis Ini Keluar Agama Semata-mata Untuk Bergambar Bogel
BERLIN – Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi
dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman
edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.
Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan
gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.
“Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti
Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian
bahawa saya beragama Islam.
“Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk
menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy,” kata anak
tunggal berusia 25 tahun itu.
Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad
Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala
ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.
“Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki
rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan
hubungan seks sebelum berkahwin.” jelas Sila kepada akhbar News of the
World semalam.
Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon
popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman
lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.
Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk
penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi
gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada
golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.
Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran
Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri
Lanka pada Mac lalu.
“Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia
(bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan,” kata Sila.
Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya
mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan
yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran
gambar bogel tersebut.
Baca Selanjutnya
Posted on
Saturday, February 18, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia,
Islam,
renungan.
.
LOL : Rule Signs Teksi Thailand
walaupun kube tak suka naik teksi tapi teksi ni antara yang penting la dalam kehidupan student atau yang dah kerja. Harga teksi sekarang macam palat sikit tak macam dulu tapi korang still masih naik kan?? pasal sign pulak, setakat nie kube pernah tengok sign jangan merokok je tapi tak tahu la pulak teksi thailand kan.
| fok mu kalu naik teksi aku jange duk kentuk deh!!! |
Baca Selanjutnya
Seragam Budak Sekolah Paling Seksi Di Dunia
Seragam atau pakaian sekolah melambangkan identiti sesuatu institusi tersebut. Tapi pakaian sekolah di Thailand telah di undi sebagai pakaian sekolah paling seksi di dunia dari undian online yang telah dibuat. Cuba bayangkan dengan wajah orang thailand yang perhhh putih dan muka yang licin. confirm korang salah parking ^^
| perh!!! terbaek!!! nie confirm korang salah parking |
Baca Selanjutnya
Posted on
Thursday, February 16, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia.
.
Anonymous Ugut CIA
Kumpulan penggodam internet terkenal yang dikenali sebagai “Anonynous” mengganas lagi apabila dilaporkan berjaya mencuri data maklumat peribadi seramai 46,000 orang dari pengkalan data Agensi Perisikan Pusat (CIA), pada Jumaat baru-baru ini.
Anonymous yang mengaku bertanggungjawab menggodam data CIA itu memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan maklumat berkaitan nombor sekuriti sosial, nombor pendaftaran kenderaan, nombor telefon, alamat dan rekod-rekod jenayah.
Data-data tersebut diperoleh dari Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Alabama dan kumpulan penggodam itu menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan ekoran penguatkuasaan jabatan itu yang dikatakan bersifat perkauman yang disasarkan terhadap golongan imigran.
“Anda mengadu tentang pendatang yang meningkatkan kos kewangan negera, tapi, anda tidak peduli pula tentang membelanjakan wang yang sama untuk melindungi rakyat anda sendiri,” kata kumpulan tersebut di laman web mereka.
Dalam kejadian tersebut yang dipetik dari Dailymail.uk.com, jurucakap jabatan berkenaan, Barbara Dortmund berkata bahawa pihak berkuasa Utah memberi amaran awal tentang kemungkinan penggodam yang mensasarkan bandar Alabama.
Bagaimanapun, para penggodam itu telah menyerang ‘webmaster’ di bandar tersebut dan mencuri data-data yang terkandung di dalamnya.
Difahamkan juga bahawa Anonymous turut mensasarkan Salt Lake City, Boston, Syracuse, New York dan Greece dalam serangan berangkai tersebut.
Selain itu, mereka juga menjadikan institusi kewangan seperti Visa dan Mastercard sebagai sasaran, serta turut menyerang Gereja Saintologi.
Mengejutkan, sumber rasmi dari jabatan-jabatan bandar tersebut menyatakan bahawa mereka tidak sedar bahawa laman web dan komputer-komputer mereka telah digodam.
Baca Selanjutnya
Posted on
Sunday, February 12, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia,
IT.
.
Kerenah Manusia Ketagih Benda Pelik
LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai karenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hinggalah ke kemaruk tidur bersama pengering rambut.
Dalam musim terbarunya My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.
Melalui musim ketiga My Strange Addiction, siri itu bakal menyiarkan laporan remaja berusia 18 tahun, Kailyn, yang ...mengaku ketagih memakan plastik.
Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.
Malah, kata Kailyn, jika perlu membuat pilihan di antara makanan dan plastik, dia pasti memilih plastik untuk mengisi perutnya.
Antara objek plastik pernah dimakan Kailyn ialah 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol minuman, dua puting, tiga bekas cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju dan 25 tudung plastik.
“Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya,” katanya.
Ditanya mengapa dia kemaruk kepada plastik, Kailyn berkata, ia bukan disebabkan rasanya, tetapi tekstur yang ada padanya.
“Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama,” katanya.
Ketika ditemubual dalam program itu, Kailyn berkata, tekstur alat kawalan jauh televisyen mungkin satu daripada objek paling digemarinya.
Menceritakan bagaimana dia menelan plastik dikunyahnya, Kailyn berkata, dia membuang butang yang ada pada objek berkenaan sebelum meletaknya di kedua-dua belah mulut.
“Kemudian saya akan menelannya,” katanya.
Di sebalik kegemarannya memakan alat kawalan jauh, Kailyn berkata, objek plastik paling disukai ditelan ialah sudu koktel yang mudah ditemui di restoran tempatnya bekerja.
“Saya pelayan restoran dan ada banyak objek plastik di situ,” katanya.
Pada hari biasa dan tiada tekanan, kata Kailyn, dia menelan kira-kira 15 sudu koktel sehari.
“Saya sedar tabiat itu boleh membahayakan kesihatan,” katanya.
Baca Selanjutnya
Posted on
Saturday, February 11, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia.
.
Posted on
Wednesday, February 8, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia,
Islam.
.
Iklan Galaxy Tab Oleh Israel Sebabkan Orang FUCKK samsung
Samsung Galaxy Tab Menghina Iran Negara Islam dengan Iklannya!
Majlis tinggi Iran akan melarang semua transaksi pembelian produk Samsung di negara tersebut. Hal ini kerana salah satu iklan produk Samsung yang dianggap menghina negara mereka.
Seperti disampaikan pejabat berita Iran Press TV minggu ini, Ketua Majlis Jawatankuasa Tenaga Iran Arsalan Fat'hipour mengatakan, pemerintah ketika ini sedang merancang larangan secara penuh pembelian produk Samsung.
Iklan Samsung Galaxy Tab yang menghina Iran
Iklan tersebut dimaklumkan dibuat oleh syarikat tv kabel Israel, HOT. Dalam iklan,digambarkan empat orang pelakon komedi Israel, sedang berada di suatu tempat di Iran. Salah seorang pelakon tersebut mengatakan bahawa negara Iran seperti "kubangan lumpur".
Berlatarkan Isfahan, dekat pemasangan nuklear ', mereka menyamar memakai tudung menemui seorang agen Mossad yang mengaku bosan tinggal di Iran. Agen tersebut mengatakan, untuk menghilangkan kebosanannya, dia menonton menggunakan Samsung Galaxy Tab.
Seorang pelakon iklan tersebut menekan sebuah butang di skrin yang ternyata meletupkan kemudahan nuklear di belakang mereka.
Pada akhir tayangan seorang dari mereka, menepuk lalat di kepalanya sambil berkata, "dasar Khamenei". Dalam bahasa slang Israel, Khamenei bermaksud serangga pengganggu.
Syarikat Samsung di Korea Selatan dalam kenyataannya, mengatakan bahawa mereka tidak membuat iklan tersebut. Samsung mengatakan bahawa iklan tersebut dibuat oleh syarikat iklan Israel tanpa pengetahuan dan penglibatan Samsung.
"Sebagai sebahagian daripada komuniti global, Samsung menerapkan penghormatan kepada seluruh lapisan masyarakat dan budaya di seluruh dunia,"kata Samsung.
Walaupun demikian, Fat'hipour mengatakan kata maaf syarikat tersebut tidak cukup. Samsung, ujarnya, harus bertanggungjawab diatas perbuatan mereka.
Baca Selanjutnya
Posted on
Tuesday, February 7, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia.
.


