Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Gadis Ini Keluar Agama Semata-mata Untuk Bergambar Bogel


BERLIN – Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi
dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman
edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan
gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

“Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti
Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian
bahawa saya beragama Islam.

“Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk
menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy,” kata anak
tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad
Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala
ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

“Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki
rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan
hubungan seks sebelum berkahwin.” jelas Sila kepada akhbar News of the
World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon
popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman
lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk
penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi
gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada
golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran
Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri
Lanka pada Mac lalu.

“Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia
(bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan,” kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya
mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan
yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran
gambar bogel tersebut.

What's on Your Mind?
Write A Comment