Shandy Aulia Berkahwin Tanpa Restu Kedua Belah Pihak Keluarga
Sekitar tahun 2003, Shandy Aulia mencipta nama apabila filem lakonan beliau Eiffel! I’m In Love menjadi bahan bualan anak remaja ketika itu.
Namun hari ini, Shandy Aulia yang kini sudah berusia 24 tahun di’khabarkan berkahwin tanpa restu pihak keluarga.
Shandy Aulia kahwini si jejaka, David Herbowo Isnin lalu di’sebuah majlis ringkas di Pulau Bali, Indonesia dan majlis tersebut tidak di’hadiri oleh ayah kandung Shandy Aulia, Kiemas Yusuf Effendi yang berkata perbezaan agama menjadi punca.
“Sebagai seorang muslim, saya punya keyakinan tak akan datang ke dalam gereja atau tempat ibadah umat lain. Soalnya jatuhnya bisa mengganggu keimanan saja,” ujar Kiemas Yusuf Effendi.
Selain itu, si ayah turut berkata beliau tidak tahu menahu akan niat untuk berkahwin Shandy Aulia sebelum ini kerana si jejaka sendiri tidak pernah datang menemui beliau untuk memohon restu.
Khabar terbaru turut mengatakan yang keluarga David Herbowo juga tidak merestui perkahwinan anak lelaki mereka atas alasan perbezaan agama & budaya yang di’anuti oleh kedua dua pengantin baru itu.
Related Posts : gossip,
Info
What's on Your Mind?
Write A Comment
Posted on Wednesday, December 14, 2011 by Nashrul Hakimie(Ottel Blog), under gossip, Info.