Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Khairul Fahmi Nak Bersara


KUALA LUMPUR – Penjaga pintu gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat seolah-olah merajuk dan berputus asa apabila terfikir untuk bersara menamatkan kariernya lebih awal walaupun baru berusia 22 tahun.

Menurut selebriti sukan bola sepak tanahair yang lebih dikenali sebagai Apex itu, beliau kecewa ekoran terpaksa berdepan dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya yang menyebabkan maruah diri dan keluarganya turut menjadi mangsa keadaan tersebut.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.

“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” kata Apex yang dipetik dari sebuah akhbar online tempatan, Hmetro, semalam.

Apex dilanda kontroversi panas semenjak putus tunang dengan Elia ‘jejari runcing’ dan selepas itu beberapa keping gambarnya bercuti dan berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapura tersebar di internet.

Kemudian, turut menghangatkan keadaan apabila beberapa blog hiburan terkenal menyiarkan gambar-gambar Apex, Dahlia dan beberapa orang gadis seksi leka berhibur di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang, yang turut ‘dicemari’ dengan sebotol arak di atas meja.

Sekembalinya Apex dari Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini, beliau dikejutkan pula dengan penyiaran beberapa keping gambar intimnya bersama Shida Harmi yang dikirimkan oleh pihak yang dikatakan cuba mencemar reputasinya yang sedang memuncak naik.

Beliau yang ditemui media di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 yang menyaksikannya berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik melahirkan rasa terkilannya dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memusnahkan nama baiknya.

Apex muncul wira negara apabila berjaya menangkis keluar sepakan penalti terakhir pemain skuad bola sepak Indonesia, Ferdinand Sinaga, yang menyaksikan skuad Harimau Muda berjaya memalukan pasukan dan peminat fanatik skuad Garuda itu di tempat sendiri sebanyak dua kali.

Peminat-peminat setia bola sepak tanahair sanggup menunggu Apex dan rakan-rakannya di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sejak jam 2 pagi meskipun terpaksa menunggu hampir 6 jam apabila skuad Harimau Muda kebanggaan negara itu tiba lewat sekitar jam 8 pagi.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

p/s : pandai buat pandai tanggung la bahlol.

What's on Your Mind?
Write A Comment