Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Posisi tidur yang memberi maksud personaliti


  • GAYA BAYI
    Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.
     

  • GAYA TIDUR MATI
  • Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
  • 3. GAYA TIDUR MENGIRING
  • Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
  • 4. GAYA TENTERA
  • Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.
  • 5. GAYA TIDUR BEBAS
  • Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.
  • 6. GAYA TAPAK SULAIMAN
  • Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

What's on Your Mind?
Write A Comment