Neelofa Mohd Noor Beramal Dengan Anak-anak Yatim
Secantik namanya, begitu juga cantiknya budi pekerti dimiliki selebriti yang kian meningkat , Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa.
Boleh dikatakan rezekinya ketika ini cukup murah dengan dihujani pelbagai tawaran lakonan, juga perniagaan kasutnya, tetapi anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat.
Aktres baru sahaja menyambut hari lahir pada 10 Februari lalu, mengambil kesempatan membawa 30 anak yatim didatangkan khas dari Rumah Al-Faiz, Gombak bagi menonton wayang filem Azura di MBO, Space U8, Bukit Jelutong, baru-baru ini.
Telah lama menyimpan hasrat untuk membawa mereka menonton wayang, Neelofa yang juga pelakon utama filem tersebut, bersyukur dapat merealisasikannya pada malam Rabu lalu.
Neelofa berkata, hubungannya dengan kanak-kanak di Rumah Al Faiz, Gombak, sudah lama terjalin. Katanya, dia pernah menjadi pengacara untuk majlis-majlis amal, termasuk majlis berbuka puasa pada tahun lalu.
“Sebenarnya, kami sudah lama berkenalan dan saya anggap mereka ini sebagai adik-adik saya. Malah mereka pun memanggil saya dengan panggilan Kak Lofa.
“Kami kenal kebetulan semasa saya menjadi pengacara di majlis amal melibatkan Rumah Al-Faiz, Gombak. Jadi sudah lama saya menyimpan hasrat membawa mereka menonton filem pertama saya. Alhamdulillah, ia berjaya juga dilaksanakan,” katanya yang tampil kasual pada malam tersebut.
Mempunyai sembilan adik-beradik dan anak buah yang ramai, membuatkan pelakon ini tidak ‘kekok’ melayan karenah anak-anak yatim dengan mesra. Bukan saja berinteraksi, malah juga bergurau senda, sekali gus memperlihatkan sisi murni, Neelofa.
Mengulas mengenai program tayangan amal tersebut, Neelofa memberitahu tidak menganggap aktiviti itu sebagai program wajibnya setiap kali filem barunya keluar.
“Terlalu banyak program yang ada dalam perancangan. Tetapi saya tidak mahu program ini dianggap sebagai perkara wajib.
“Sekiranya ada peluang lagi saya akan luangkan masa untuk melakukan kerja amal seperti ini cuma tidak tahu bila,” katanya yang menganggap perkara itu sebagai program peribadinya.
Neelofa turut memberitahu, program tersebut juga bukan merupakan sebahagian daripada aktiviti mempromosikan filem barunya itu.
Sambut hari jadi dua hari awal
Tidak hanya meraikan anak yatim, Neelofa turut diberikan kejutan ketika awal tayangan filemnya itu dengan tontonan gambar-gambarnya ketika kecil sehinggalah kemenangannya sebagai Juara Dewi Remaja 2010/2011.
Tidak terhenti setakat itu, selebriti ini bertambah terkejut apabila kira-kira 30 ahli keluarganya, turut hadir membawa kek, sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23.
Biarpun hari lahirnya diraikan dua hari lebih awal, namun Neelofa kelihatan begitu terharu dengan ingatan daripada keluarganya yang sanggup meluangkan masa datang ke Kuala Lumpur.
“Tak sangka keluarga sanggup datang ke majlis ini untuk meraikan hari lahir saya memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa.
“Apa pun saya begitu berterima kasih dengan usaha mereka yang sanggup menguruskan majlis ini. Saya tahu ini tentu idea kakak saya (Nabila) dan pihak pengurusan saya,” katanya yang diberikan kek berwarna biru lembut sesuai dengan namanya yang membawa maksud cahaya bunga biru.
Dalam pada itu, pihak MBO yang turut menaja lokasi tayangan amal tersebut turut memberikan bunga sebagai hadiah hari lahir kepada Neelofa.
Beberapa penonton bertuah pada malam tersebut turut diberikan kad keahlian MBO yang mengandungi baucer RM100 untuk menonton wayang di panggung tersebut.
Selain dihadiri dengan anak-anak yatim dan kaum keluarga, sesi tayangan amal tersebut turut dihadiri oleh 30 pembaca majalah hiburan No 1 negara, Media Hiburan.
Terima kritikan
Mengulas mengenai kritikan diterima menerusi lakonannya dalam filem Azura, Neelofa menganggap perkara itu sebagai semangat untuk dirinya melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Bagi orang yang membesar dengan filem Azura, mungkin ada yang tidak boleh terima pembaharuan dalam filem ini. Ada antara mereka yang membandingkan lakonan saya dengan pelakon lama.
“Tetapi bagi generasi muda, kebanyakan maklum balas yang saya terima baik kerana mereka suka dengan pengolahan cerita yang menggunakan latar masa zaman sekarang,” katanya yang telah menonton filem tersebut lebih daripada tiga kali.
Bagaimanapun, Neelofa berharap peminat dapat menerima lakonannya sebagai pelakon baru.
Tambahan pula, katanya, filem tersebut adalah lakonan pertamanya dan dia ditawarkan berlakon filem itu sebelum memenangi Dewi Remaja lagi.
“Saya harap peminat faham saya memulakan karier dengan filem ini. Jadi, jika diikutkan banyak perkara telah saya pelajari melalui pengalaman berlakon.
“Apa yang saya boleh katakan, peminat nilailah lakonan saya untuk filem yang akan datang juga dan pastinya terdapat perubahan dan peningkatan untuk itu,” katanya.
Neelofa turut mengakui kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya selepas berlakon untuk empat filem lain.
Tidak memilih sebarang watak yang diberikan, Neelofa menganggap tawaran yang diterima sebagai satu cabaran baru buatnya.
“Saya tak kisah mengenai watak yang ditawarkan. Tetapi saya akan melihat jalan cerita, pengarah dan pelakon lain yang terlibat dalam produksi itu,” katanya.
Tumpu perniagaan
Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran ini turut berbakat dalam bidang perniagaan.
Memilih kasut sebagai produk perniagaannya, Neelofa optimis dengan setiap rekaan dihasilkan di bawah jenamanya sendiri.
“Tahun ini saya akan mengeluarkan lebih banyak rekaan kasut terkini dan saya kini sedang dalam proses melakukan penjenamaan semula kasut saya di bawah jenama Neelofa.
“Kebanyakan rekaan sudah dihantar ke kilang dan kini saya menunggu masa untuk memasarkan kasut tersebut, sekali gus merasmikan perniagaan saya,” katanya yang mendapat idea perniagaan kasut semasa menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010/2011.
Sumber : SinarHarian
Baca Selanjutnya
Posted on
Sunday, February 12, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistMalaysia.
.
Whitney Houston Meninggal Dunia
Whitney Houston telah pergi buat selama lamanya pada usia 48 tahun.
Namun, punca kematian beliau menjadi tanda tanya apabila ia’nya tidak di’dedahkan kepada umum oleh pihak keluarga Whitney Houston sendiri.
Awal minggu lalu, menurut satu laporan berkata peminat dan media terserempak dengan Whitney Houston yang sedang berseronok dengan rakan rakan wanita & juga filem terbaru beliau akan keluar pada Ogos nanti.
Baca Selanjutnya
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistHollywood.
.
Indahnya Malaysia - Wang Kelian , Perlis
| nie Muhamad nor izuan bin mahmod yang buat editing |
| Jaylani Othman ini member admin |
| Muhamad Nashrul Hakimie ^^ ini admin |
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar.
.
Gig : Don't Look Back 10.3.2012
Gegey Music & Drug Free Youth Association Presents :
Don't Look Back
Date : 10.3.2012 (saturday)
Venue : Rebana Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Time : 12 pm till end
Tickets : RM 10 - presale / RM 15 - door (Tickets available at Attack! Attack! Studio)
Bands :
1. Second Combat
2. Driven
3. Burnout
4. Predicate Not Defined
5. Coca D Monday
6. Maddame...
7. Horryfied
8. Daisy Honey
9. Givenpath
10.199x
11. An Honest Mistake
Baca Selanjutnya
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistIndie,
gig.
.
Suarez Tak Nak Shake Dengan Evra - Ferdinand Tak Nak Shake Dengan Suarez
Akibat mulut tak pandai jaga. Inilah jadinya
Baca Selanjutnya
Posted on
Saturday, February 11, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
BolaSepakEropah,
video,
YouTube.
.
Kerenah Manusia Ketagih Benda Pelik
LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai karenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hinggalah ke kemaruk tidur bersama pengering rambut.
Dalam musim terbarunya My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.
Melalui musim ketiga My Strange Addiction, siri itu bakal menyiarkan laporan remaja berusia 18 tahun, Kailyn, yang ...mengaku ketagih memakan plastik.
Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.
Malah, kata Kailyn, jika perlu membuat pilihan di antara makanan dan plastik, dia pasti memilih plastik untuk mengisi perutnya.
Antara objek plastik pernah dimakan Kailyn ialah 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol minuman, dua puting, tiga bekas cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju dan 25 tudung plastik.
“Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya,” katanya.
Ditanya mengapa dia kemaruk kepada plastik, Kailyn berkata, ia bukan disebabkan rasanya, tetapi tekstur yang ada padanya.
“Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama,” katanya.
Ketika ditemubual dalam program itu, Kailyn berkata, tekstur alat kawalan jauh televisyen mungkin satu daripada objek paling digemarinya.
Menceritakan bagaimana dia menelan plastik dikunyahnya, Kailyn berkata, dia membuang butang yang ada pada objek berkenaan sebelum meletaknya di kedua-dua belah mulut.
“Kemudian saya akan menelannya,” katanya.
Di sebalik kegemarannya memakan alat kawalan jauh, Kailyn berkata, objek plastik paling disukai ditelan ialah sudu koktel yang mudah ditemui di restoran tempatnya bekerja.
“Saya pelayan restoran dan ada banyak objek plastik di situ,” katanya.
Pada hari biasa dan tiada tekanan, kata Kailyn, dia menelan kira-kira 15 sudu koktel sehari.
“Saya sedar tabiat itu boleh membahayakan kesihatan,” katanya.
Baca Selanjutnya
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
InfoDunia.
.
Gambar Testing Food Untuk Resepsi Perkahwinan Lisa Dan Yusri
Berikut merupakan komen lisa terhadap yusri
“Biasanya kalau urusan persiapan, lelaki jarang ambil bahagian dan serahkan kepada pihak wanita, tetapi berlainan dengan Yusry, dia banyak membantu. Malah semasa perbincangan dengan perancangan perkahwinan, Yusry yang banyak bersuara & memberikan pendapat sendiri,”
Baca Selanjutnya
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistMalaysia,
Gambar,
Kahwin.
.
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ally Iskandar Dan Farah Lee
Ini merupakan gambar dari majlis resepsi ally dan farah. Gambar ini diambil dari Ministry Of Moment.
Baca Selanjutnya
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistMalaysia,
Gambar.
.
Zarina Anjoulie Miliki Video Aliff Aziz Mabuk - Anne Ngasri Pulak Apa Cerita??
Menurut sumber kami yang boleh di’percayai, Aliff Aziz kini sudah sah bercinta dengan Anne Ngasri tetapi masih tidak lekang sikap mahu mencuba teman wanita baru dan sikap beliau itu nampaknya memakan diri.
Ada sumber lain memberitahu yang mereka terserempak dengan Aliff Aziz dan Anne Ngasri berpimpinan tangan di Genting Highland, Pahang pada Isnin yang lalu. Tetapi, mereka tidak berduaan
Ini pula bukti yang Zarina Anjoulie ada memiliki video mabuk Aliff Aziz
Baca Selanjutnya
Posted on
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistMalaysia,
gossip.
.


