Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN PART 2 - Teaser

sapa hard fan??

Baca Selanjutnya THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN PART 2 - Teaser

.

Ombak Rindu 2011 DVDrip Full Link



Release Date:01 Disember 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Drama,Romance | Subtitle: None | Size: 390MB Mkv,347MB Rmvb,790MB Avi | Quality: DVDRip - Jie Azz

Sinopsis: filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

MKV FILE

PART1 | PART2

RMVB FILE

PART1 | PART2

AVI FILE
   
PART1 | PART2 | PART3 | PART4

Download Link BY Jieazzmovie
Baca Selanjutnya Ombak Rindu 2011 DVDrip Full Link

.

Songlap Di Pawagam Berdekatan Anda



perkara asas dalam Songlap yang tidak perlu anda risau adalah jalan cerita, sinematografi dan muzik latar sentuhan Monoloque yang berjaya membawa kelainan mood untuk filem ini.

Songlap menampilkan Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali yang menjadi tunjang utama filem ini — lakonan mereka tidak menghampakan termasuk Sara Ali yang pertama kali memegang watak utama dalam filem.

Tahniah untuk songlap yang memaparkan kisah hidup sebenar di kalangan masyarakat di malaysia. Sudah mula ditayangkan di pawagan berdekatan anda. Harap filem ini dapat PECAH PANGGUNG!!


Baca Selanjutnya Songlap Di Pawagam Berdekatan Anda

.

Gambar Promo KL Gangster 2

































Credit To : The Hit Man
Baca Selanjutnya Gambar Promo KL Gangster 2

.

Ombak Rindu Berjaya Kutip RM2 Juta Dalam 3 Hari


Hari pertama sahaja Ombak Rindu dah berjaya kutip RM750,000… Sekarang dah 3 hari berjaya kutip 2 Juta!

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.
Baca Selanjutnya Ombak Rindu Berjaya Kutip RM2 Juta Dalam 3 Hari

.