Memey Lawak : Video Presentation Untuk Project Marketing
Sebuah Video dari pengarah muda yang baru nak naik,, Admin la tu hehehe
ini merupakan video untuk admin dan group present untuk marketing projek,,
video x berapa nak cool sangat sebab kerja last minute,,
hari nie nak present malam tu baru start buat slide, logo and this damn video ^^
apapun kami dah berjaya lepas test petang tadi,, congrat to all my team
untuk video nie admin cuma guna window movie maker,,
software nie elok untuk sesiapa yang nak start belajar edit video kerana interface nya yang user friendly,
Baca Selanjutnya
Posted on
Monday, February 27, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
editing,
IT,
lawak,
music,
Review,
video,
YouTube.
.
Posted on
Sunday, February 26, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar,
lawak.
.
Memerang Berdoa Untuk Mendapatkan Ikan
Gambar ini diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik itu.
Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.
Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat. ” Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut,” kata Marac.
Andai boleh bercakap, boleh jadi memerang itu berkata,” Wahai Tuhan, izinkan aku mendapatkan ikan hari ini,”
Baca Selanjutnya
Posted on
Sunday, February 19, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar,
lawak.
.
LOL : Rule Signs Teksi Thailand
walaupun kube tak suka naik teksi tapi teksi ni antara yang penting la dalam kehidupan student atau yang dah kerja. Harga teksi sekarang macam palat sikit tak macam dulu tapi korang still masih naik kan?? pasal sign pulak, setakat nie kube pernah tengok sign jangan merokok je tapi tak tahu la pulak teksi thailand kan.
fok mu kalu naik teksi aku jange duk kentuk deh!!! |
Baca Selanjutnya
Posted on
Saturday, February 18, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar,
InfoDunia,
lawak.
.
Khairul Fahmie Che Mat Ada Perempuan Baru??
Tengok ke gaya.. memang lawa.. tapi betul ke berita nie??
Gambar ini admin dapat seorang yang nam xdikenali.. yang ralat nya dia dah hitamkan muka perempuan tu.
tapi pasti xpasti admin xtahu.. just sharing^^
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
hahahah boooo kena tipu boooo gambar dia dengan awek sepupu kube laa..
saja kube gelapkan gambar tu.. takut korang buat bukan2.. kesian kat awek tu
Baca Selanjutnya
Posted on
Tuesday, February 14, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistMalaysia,
lawak.
.
Posted on
Saturday, February 11, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar,
lawak.
.
Posted on
Friday, February 10, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Gambar,
lawak.
.
Posted on
Sunday, February 5, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
lawak.
.
Posted on
Sunday, January 15, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
lawak,
Malaysia,
video.
.
Surat Untuk Kak Ros - PM baru kita
ambik ko rambut!!! mcm ET la |
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Usia saya 2012 ini hampir mencecah 20 tahun beberapa bulan lagi (Julai).
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.
Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?
Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
Datin Seri yang dihormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakanlangsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!
Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!
Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
nie anak sapa neh?? kecik2 dah pandai party |
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!
Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!
Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!
Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! (edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
Baca Selanjutnya
Posted on
Friday, January 13, 2012
by
Nashrul hakimie,
under
lawak,
video.
.
Posted on
Sunday, December 18, 2011
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Info,
lawak.
.
Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin
Ariff Alfian Rosli yang sedang mencipta nama di Malaysia sejak beberapa jam yang lalu dengan traffic facebook dan twitter.
Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.
Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay bersama mamat gay yang memang gay,dua2 nie memang gay.PRFF!!
Posted on
Friday, December 16, 2011
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
Info,
lawak,
renungan.
.
Posted on
Wednesday, December 14, 2011
by
Nashrul hakimie,
under
lawak,
video.
.
OngBak Rindu 2011
Movie yang hot di pawagam skrg
sapa nak tngok boleh pergi di pawagam yg berdekatan.. :D
Baca Selanjutnya
Posted on
Tuesday, December 6, 2011
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
editing,
Gambar,
lawak.
.
Romantik Kedai Makan - Jadah apa??
kerusi bnyak lagi bang..
nak dating pun agak2 la
duk buat kerja mcm nie apa cerita???
Baca Selanjutnya
Kehebatan Honda C-70

Di suatu malam yang x bpe indah.... seorang
pakcik dengan berkopiah sedang
menunggang motor honda c-70 untuk
pulang ke rumahnya dari surau... tengah
syok pakcik tersebut melayan lamunan.. .
tiba-tiba enjin moto yg x bpe nk kesayangan
beliau terpadam... dlm hatinya " ah sudah...
meragam lagi ko peah (nama manje
motonye).. . camane ak nk balik ni " sedang
pakcik tersebut berusaha untuk merepair
motor beliau walau sbnrnye x taw pape pn,
datang seorang mamat rider yang
menunggang suzuki hayabusa turbo
berhenti sebelah beliau... berikut merupakan
dialog mereka berdua :
rider : Assalamualaikum bro... npe ni?
pakcik : waalaikumsalam, bro pale hotak
ko... ak ni dah tahap atok ko taw x... ni ha..
x taw la peah pakcik ni... meragam je...
rider : ala pakcik ni... gurau2 pn x ley... aik
pakcik, moto yang dah x de rupe ni pn ad
name?
pakcik : aih.. gurau kasar nmpak, ko taw x
moto ni hadiah besday ak askar jepun bagi
dulu.. ko ap taw...
rider : lol... ok2x. .. skunk ni sy nk tolong
pakcik tarik moto pakcik smpai uma pakcik
kebetulan sy bwk tali ni, bole ikat blakang
moto sy...
pakcik : kene bayar x? ak bwk seringgit je ni,
baru ingat nk minum kopi kat depan 2...
rider : eh.. x pe2x... sy ikhlas nk tlg... tp klu
pkcik ad ank prmpuan yg single mingle 2....
sy teruna lagi... hehe...
pakcik : ah.. ko x yah ngengado... ni.. cpt
ikat.. tarik smpai uma ak kat kampung cap
ayam dpn sane...
rider : orait pakcik... ready ha.. kalau sy laju
sgt pakcik tekan hon taw....
pakcik : orait bro...
rider : aik.. . pkcik plak pggl sy bro...
pakcik : da ko tlg ak... knela respek skit...
rider : hehe.. ok2x. ...
smpai di pertengahan jalan, ketika hampir
sampai ke simpang kampung pakcik
tersebut....
rider : alamak pakcik... tanah runtuh la..
camane nk lalu ni?
pakcik : ah sudah... mmg x nk bg ak balik
ke? sejuk nasi yg bini ak masak kat uma...
rider : x pe2x.. . sy ttp akn tlg pakcik, klu cm
2... kite ikut jln jauh sikit la, kita masuk
highway PLUS pas 2 pusing ikut belakang..
orait x?
pakcik : orait je... gua x da hal...
rider : dalam hati (eh pakcik ni... lebih2
plak)... mcm biase eh pakcik, klu sy laju sgt,
pakcik tekan hon... kang tertinggal plak...
pakcik : orait2x.. .
mereka pn meneruskan perjalanan...
ketika di highway... sedang rider tersebut
menarik moto pakcik yang diikat di belakang
motornye dengan kelajuan 60 km/h , datang
plak seorang rider menunggang yamaha R1
bakar2 line kat rider yang sedang menarik
moto pakcik tersebut... dalam hati beliau
(sabar2... tggula smpai ak anta pakcik ni...
nahas ko) namun rider yamah R1 tersebut
terus menerus bakar line kat hayabusa
tersebut.. rider hayabusa tersebut mula
hilang sabar & membalas bakaran R1
tersebut... tanpa mempedulikan pakcik yang
terikat di belakang motornya, rider hayabusa
tersebut terus memecut mengejar R1
tersebut... pakcik yang dibelakang pula agak
terkejut dgn tindakan rider hayabusa
tersebut dan terus menekan hon berkali2x
untuk memberitahu rider tersebut yg beliau
terlalu laju, namun tidak dipedulikan oleh
rider hayabusa terbut... matlamat utamanya
untuk mencicirkan rider R1 tersebut... tanpa
perlu bekerja keras, dengan mudah
Hayabusa tersebut bersama pakcik di
belakang memintas yamaha R1 tersebut
dengan kelajuan 320km/h ... namun nasib
tidak menyebelahi mereka... tanpa disedari
terdapat polis yang sedang melakukan speed
trap di highway tersebut & ketiga2 mereka
telah dirakam oleh kamera polis... polis
terbabit bergegas menghubungi peronda
yang berada di hadapan untuk menahan
ketiga2 mereka... berikut merupakan
perbualan mereka;
polis 1 : terdapat tiga buah motorsikal yang
dipandu secara berbahaya di km340 arah
selatan, hantar peronda untuk menahan
mereka
polis 2 : sila beri deskripsi kenderaan &
kesalahan
polis 1 : sebuah motorsikal model suzuki
hayabusa sedang berlumba dengan sebuah
motorsikal Yamaha R1 & yang sebuah lg 2....
errr.. ak sndri pn x caye ngan ap yg ak nmpk
ni sbnrnye... ak nmpk moto honda c-70 bole
potong yamaha R1 siap cucuk angin
belakang suzuki hayabusa & siap tekan2
hon nak suruh hayabusa tu ketepi sebab die
nak potong... dah la pkai kopiah je...
polis 2 :ha??????? ?????????
akhirnya ketiga2 mereka ditahan... & pakcik
yang menjadi mangsa keadaan tersebut
turut sama tido di lokap & motorsikal pakcik
tersebut telah dihantar ke USA untuk
dijadikan kajian.
Baca Selanjutnya
Posted on
Sunday, December 4, 2011
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
lawak,
moto.
.
Kantoi Curang

Kesian dengan abg oren kena tipu ngan awek dia...
KANTOI!!!! lu curang sama abg oren
Kredit to Awe700
Baca Selanjutnya
Posted on
Friday, December 2, 2011
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
editing,
lawak,
renungan.
.