Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Ana Raffali Sah Menjadi Isteri Ahmad Aznaim

Musim Kahwin la sekarang nie. Selepas Lisa Surihani kini Ana Raffali pula yang kahwin. Jejaka yang kat luar tu tentu ramai yang frust menonggeng kan??





Baca Selanjutnya Ana Raffali Sah Menjadi Isteri Ahmad Aznaim

.

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani Dan Yusri KRU

Alhamdulilah!! akhirnya Lisa Dan Yusri sudah menjadi suami isteri. Majlis ini berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya.


9.05 malam
8.52 malam
8.02 malam

Bersanding

Kredit To Rotikaya.com
Baca Selanjutnya Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani Dan Yusri KRU

.

Ana Rafalli Gubah Hantaran Sendiri

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2012: Kurang seminggu sahaja lagi, menjelang hari bahagia dan bersejarah buat penyanyi, Ana Rafali, 27, dan pasangannya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, untuk disatukan dengan ikatan yang sah.


Namun, Ana Rafali memberitahu sehingga kini dia masih dalam proses menyiapkan hantaran perkahwinan dari pihaknya yang akan diberikan kepada pihak lelaki pada hari diijabkabulkan, 25 Februari ini.

Ana Rafali berkata, dia mengambil inisiatif sendiri untuk menggubah hantaran perkahwinannya sebagai tanda dan pemberian istimewa buat bakal suami tersayang.

"Alhamdulilah, persiapan perkahwinan setakat ini sudah lebih 85 peratus siap. Syukurlah ada keluarga yang sentiasa mahu membantu bersama-sama bagi menyiapkan persiapan perkahwinan saya.

"Cuma sekarang, saya sedang menggubah hantaran perkahwinan sendiri. Saya sengaja mahu mengubahnya sendiri sebagai tanda kasih sayang saya kepada Naim.

"Ini pertama kali melakukan gubahan perkahwinan, jadi saya sedikit kelam kabut dan sudah beberapa kali mengubah gubahan berkenaan untuk mendapat kepuasan sepenuhnya," katanya yang ditemui ketika pelancaran Suria FM Terbaru, yang berlangsung di Pavilion, baru-baru ini.

Majlis nikah mereka akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Selain berdebar menanti hari bahagia, penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini akui dia juga gusar jika majlis tidak dapat berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi gangguan cuaca.

"InsyaAllah dengan berkat doa keluarga dan rakan terdekat, saya harap majlis kami nanti yang bakal dihadiri lebih 1000 orang akan berjalan lancar.

"Apa-apa pun harapnya, cuaca pada hari itu nanti akan cerah," luahnya lagi.

Acara pada 25 Februari ini akan dimulakan dengan majlis bertunang sekitar jam 10.30 pagi dan hanya sejam selepas itu akan berlangsungnya majlis akad nikah yang akan dilaksanakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Berbicara mengenai imej baru Ana, dia kini sudah pun mengenakan imej bertudung sejak dua minggu lalu.

Ana memberitahu, imej tersebut merupakan penghijrahannya sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad atau Maulidusrasul baru-baru ini.

"Sebenarnya, sebelum ini sudah lama saya tergerak hati untuk berhijab dan ramai yang bertanya bila saya akan bertudung.

"Cuma saya menanti waktu yang sesuai untuk saya bersedia memikul tanggungjawab selepas mengenakan imej bertudung litup," jelasnya.
Baca Selanjutnya Ana Rafalli Gubah Hantaran Sendiri

.

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Farhan AF4 Dengan Rashdan Suhaimi

Farhan Azizan atau lebih di’kenali sebagai Farhan AF4 telah menjalin hubungan cinta lebih lapan tahun bersama Rashdan Suhaimi.

Majlis pertunangan ringkas yang berlangsung di Ampang petang tadi di’khabarkan tidak di’hadiri oleh si lelaki namun wartawan comel kami berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Farhan AF4 di upacara menyarungkan cincin pertunangan.


Baca Selanjutnya Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Farhan AF4 Dengan Rashdan Suhaimi

.

Gambar Testing Food Untuk Resepsi Perkahwinan Lisa Dan Yusri


Berikut merupakan komen lisa terhadap yusri

“Biasanya kalau urusan persiapan, lelaki jarang ambil bahagian dan serahkan kepada pihak wanita, tetapi berlainan dengan Yusry, dia banyak membantu. Malah semasa perbincangan dengan perancangan perkahwinan, Yusry yang banyak bersuara & memberikan pendapat sendiri,”


Baca Selanjutnya Gambar Testing Food Untuk Resepsi Perkahwinan Lisa Dan Yusri

.

Nora Danish Nafi Sedang Bercinta


Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.

Terkejut dengan satu soalan dari wartawan, Nora Danish menafikan yang beliau kini sedang bercinta dengan seorang pelajar kolej seperti yang di’dakwa dan tidak pernah mengenali sesiapa di’kolej.

sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya Nora Danish Nafi Sedang Bercinta

.

Video Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee Di Masjid Kristal



kube suka tengok dua orang ni.
sama padan sama lawa.

congrat dari kube
kalau ada masalah harap buat istifar banyak2
dunia nie bnyak dugaan

kredit video to GuaTV

Baca Selanjutnya Video Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee Di Masjid Kristal

.

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ally Dan Farah Lee







perhh mak koo.... sibuk ambo kelik rayo cino neh.. heheh
nie la malaysia gak... cino sambut hari raya kita yang melayu nie sambut jugak..
nak buat mcm mana dah duduk kampunga berkawan nagn cina..

nie la latest update pasal ally dengan si farah lee neh..
kube hajat nak singgah ganu tp xsempat laa sampai gerik pun dah pukul 5
ok lah.. selamat bercuti!!!!
Baca Selanjutnya Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ally Dan Farah Lee

.

Luahan Hati Ally Tentang Perkahwinan Dengan Farah Lee

Tanggal 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433, pengacara terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36 bakal melangsungkan majlis pernikahan bersama pilihan hati, Nurfarahin binti Romli,23. Memilih Masjid Kristal, Kuala Terengganu sebagai saksi penyatuan mereka.

Nurfarahin nie atau nama popular nya Farah Lee ialah pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, Incheon, Korea Selatan.Farah Lee dan Ally akan tamatkan zaman bujang mereka pada Jumaat ini.
1. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Ally bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Farah, pada Jumaat ini. Mungkin Ally boleh kongsikan debaran Ally sebelum bergelar seorang suami.
Saya sedang gemuruh dalam tenang. Perasaan ini belum pernah saya alami. Sesekali saya perasan tindak tanduk saya tidak keruan. Nasib baik minggu ini tak bersiaran.
2. Persiapan Ally untuk melangkah ke ‘stage’ baru.
Alhamdulillah persiapan fizikal (hantaran, urusan majlis) berjalan baik. Sekarang ini saya sedang membuat persiapan mental dan jiwa. Begitu banyak yang perlu saya pelajari dan hayati.
3. Kongsikan perkenalan antara Ally dengan Farah.
Nurfarahin diperkenalkan oleh ahli keluarga. Saya kemudian disyorkan untuk menghubunginya. Kali pertama kami berhubung di Facebook. Selepas berhubung saya terus menyatakan niat saya untuk mencari seorang isteri. Ditakdirkan, dia juga memaklumkan keinginan mendirikan rumah tangga. Kebetulan Farah sedang cuti semester dan berada di Malaysia, lalu kami bersetuju untuk bersua muka untuk bertaaruf.
Kali pertama kami berjumpa di penghujung Ramadan. Saya bawa ibu dan adik sebagai ‘endorser’, manakala Farah ditemani kawan baiknya. Alhamdulillah hati saya terpaut (ibu dan adik turut memberi isyarat ‘like’) dan Farah juga memberi respon positif. Lalu saya menyatakan perancangan untuk bertemu keluarganya dan Farah bersetuju. 3 Syawal, keluarga saya ke rumah keluarga Farah dan pihak keluarga Farah menyatakan persetujuan. Cincin dihadiahkan sebagai tanda dan perancangan perkahwinan bermula.
4. Adakah Ally sendiri menjangkakan akan berkahwin secepat ini?
Tidak. Saya masih ‘kagum’ dengan tahap keyakinan saya untuk membuat keputusan yang sangat besar dalam hidup dalam masa yang begitu singkat. Saya berpegang kepada redha Allah terhadap setiap keputusan yang saya buat, selagi ia berkaitan dengan sesuatu yang baik dan membawa kebaikan.
5. Apakah ciri-ciri Farah yang membuatkan Ally jatuh cinta dengan anak ke-4 daripada 5 beradik ini?
Saya belum berkesempatan untuk jatuh cinta dengan Farah. Pendiriannya yang tegas adalah faktor utama saya tertarik dan menghormatinya.
6. Sudahkah Ally bersedia menempuh kehidupan dan cabaran bergelar suami lebih-lebih lagi apabila Ally memutuskan untuk berkahwin dengan pasangan yang 13 tahun lebih muda dari Ally?
Tatkala saya membuat keputusan, bermakna insyaAllah saya bersedia. Jarak usia yang ketara akan membuatkan perhubungan ini penuh cabaran dan dugaan yang mengujakan. Saya pernah jadi muda, dan Farah sedang menempuh alam dewasa, dengan izin Allah, akan ada titik keserasian dan persahaman antara kami berdua.
7. Mungkin Ally boleh kongsikan sedikit tentang majlis pernikahan yang akan diadakan nanti.
Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu tanggal 20 Januari 2012 (Ya Allah dah dekat dah!!!) Majlis dirancang secara kecil dan ringkas di mana tiada tema atau warna khusus. Kami tidak bercadang untuk membuat majlis besar-besaran bagi menghormati pemergian Ayahanda saya ke rahmatullah. Pakaian Farah pada hari itu direka oleh ibu sahabat karibnya manakala baju saya pula dibeli di Shah Alam saja.
8. Majlis resepsi kedua-dua pihak pula akan berlangsung bila dan di mana?
Majlis doa selamat akan diadakan di kediaman keluarga Farah manakala resepsi di pihak lelaki akan diadakan awal Februari depan di Kuala Terengganu.
9. Bagaimana pula dengan perancangan selepas berkahwin?
Belum ada perancangan khusus memandangkan Farah masih belajar. Saya bercadang untuk berulang-alik sekerap mungkin ke Korea untuk melawatnya. Nampaknya, lepas kahwin saya kena kumpul duit banyak-banyak dan ‘book’ tiket awal-awal, hehe. Di musim cuti semester pula, insyaAllah Farah akan pulang ke Malaysia.
10. Soal honeymoon pula?
InsyaAllah akan dilaksanakan selepas Farah tamat pengajian tahun 2013. Walau bagaimanapun, lokasi bulan madu masih belum diputuskan lagi.
11. Harapan Ally dengan perkahwinan yang dibina ini.
Singkat atau lama itu ketentuan Allah. Saya berdoa agar kami saling melengkapi. Saya berdoa agar dapat menjadi imam yang mampu memimpin Farah kepada kebaikan. Saya berdoa Farah menjadi makmum yang mendorong saya kepada kemuliaan. Saya juga berdoa agar kami dikurniakan zuriat yang baik, yang akan terus mendoakan ibu dan ayah mereka setelah kami tiada.


Baca Selanjutnya Luahan Hati Ally Tentang Perkahwinan Dengan Farah Lee

.

Farah Lee Vs Ally Iskandar

hehe so kita cakap pasal Farah Lee sekejap,, hehe setelah kube selongkar page dan blog Farah Lee


Fakta :
-Farah Lee berusia 23 tahun
-adik angkat kepada zizan raja lawak

-Student Mechanical Engineering di Korea
-Bakal Jadi Isteri Ally Iskandar :P

temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

Akhir kata kepada ALLY,hargailah sesuatu yang bernilai pemberiaan tuhan kerana semua lelaki mengidamkan seorang isteri yang cantik dan solehah tapi bukan semua lelaki mendapat anugerah itu. kamu di antara orang yang bertuah itu.

p/s kube doakan korang bahagia hingga akhir hayat
Baca Selanjutnya Farah Lee Vs Ally Iskandar

.

Yusry KRU Dan Lisa Surihani Ubah Tempat & Waktu Majlis Pernikahan Mereka


Pada awalnya ia bakal berlangsung selepas Asar di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada 23 Februari ini.

Namun pasangan ini telah sepakat untuk mengubah waktu majlis nikah mereka ke selepas solat Maghrib memandangkan agak kelam kabut untuk saudara mara hadiri majlis jika berlangsung selepas solat Asar

Yusry KRU & Lisa Surihani juga menukar lokasi pernikahan mereka ke hotel Putrajaya Marriot Resort & Spa kerana tidak mahu menggangu jemaah di’masjid dan lebih sesuai untuk hadirin yang lebih besar.

Dalam kenyataan yang sama, pasangan ini turut mengakui yang mereka masih belum memilih penaja yang sesuai untuk kedua dua majlis besar mereka dan masih menerima tawaran tajaan dari sesiapa yang berminat.

“Pakaian nikah dan resepsi pun dibeli kami sendiri dan saya berpuas hati kerana membelinya menggunakan hasil titik peluh sendiri. Untuk kedua-dua majlis kami hanya memakai sepasang baju sahaja,” ujar Lisa Surihani kepada KOSMO! hari ini.

Sumber : rotikaya.com
Baca Selanjutnya Yusry KRU Dan Lisa Surihani Ubah Tempat & Waktu Majlis Pernikahan Mereka

.