Statut FAM Bakal Dipinda
Persatuan Bolasepak sebuah negeri di pantai barat telah mengemukakanBaca Selanjutnya
USUL supaya STATUT FAM DIPINDA..usul ini telah di sokong beberapa negeri
dan WAJIB dibawa kedalam KONGRESS julai ini..BUKAN ITU SAJA..segala
aspek berkaitan FAM harus kita bincang secara jujur dan terbuka kerana
KONGRESS ADALAH TEMPATNYA..DAN NEGERILAH YG PUNYA KUASA UTK
MENCORAKKANNYA..KELUAR DARI FAM BUKAN JAWAPAN KPD MASAALAH..KITA PERLU
BERSUARA,BERBINCANG MENURUT SALURAN DAN KITA PERBETULKAN APA YG KITA
FIKIR PATUT DIPERBETULKAN- Tan sri Annuar Musa
Posted on
Saturday, May 5, 2012
by
Unknown,
under
BolaSepakMalaysia.
.
Dibaling Bata Oleh Penyokong Selangor
Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan didakwa menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selangor apabila dahi dan tengkoraknya retak dibaling dengan batu-bata sebaik sahaja perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini kelmarin.
Ekoran kejadian itu, Tuan Mohd. Rozaimi Tuan Kuning, 37, terpaksa menerima 10 jahitan dalam kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 11 malam.
Ejen sebuah syarikat pelancongan itu kini berada dalam keadaan separuh sedar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini. Dalam perlawanan itu, Selangor menang dengan keputusan 2-1.
Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 30-an, memberitahu, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan sebilangan penyokong Kelantan berjalan keluar ke pintu pagar selepas perlawanan tamat.
Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi benda dibaling dan apabila ditoleh dia melihat Tuan Rozaimi terduduk sambil memegang dahinya.
"Saya juga lihat sebiji batu-bata bergolek di sebelahnya. Pada masa sama, darah mengalir keluar melalui hidung dan luka di dahi Tuan Rozaimi.
Baca Selanjutnya
Posted on
Thursday, February 16, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
BolaSepakMalaysia.
.
Syahrul Azwari Ada Peluang Besar Jadi Kekasih Miera Liyana
Kisah ini ada kaitan dengan pemain bola sepak negara dalam pasukan olimpik yang baru saja berangkat ke Bahrain pada malam 1 Februari lalu.
Kalau bercakap tentang pemain pasukan olimpik, mesti ramai akan menyangka pemain itu ialah Khairul Fahmi atau pun Nazmi Faiz kan?
Kali ini cerita panas berkenaan berkaitan dengan seorang lagi pemain muda yang popular iaitu Syahrul Azwari yang baru saja berusia 19 tahun.Khabarnya, pemain yang berasal dari Kelantan itu menyimpan perasaan dengan Miera Liyana.
Namun, disebabkan Syahrul ini seorang yang amat pemalu, dia hanya meluahkan rasa itu kepada kenalan rapatnya saja.Pun begitu, menurut sumber, jejaka tinggi lampai ini sekadar menyimpan perasaan saja, kerana mahu memberi fokus dan cintanya kepada bola sepak sahaja.
Tapi Syahrul Azwari mungkin ada peluang besar, sebab Miera Liyana sudah sah putus dengan shah jazlee
p/s ejas boh.. nak kato xsmat rupo demo ado.. ^^
Baca Selanjutnya
Posted on
Sunday, February 5, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
ArtistMalaysia,
BolaSepakMalaysia,
gossip.
.
PANAS!!! Khairul Fahmi Che Mat(apek) Kini Putus Cinta Dengan Dahlia Teck Angkara Leuniey
Awal hari semalam, timbul sebuah akaun Twitter yang mendakwa mengetahui kisah kurang senang untuk di’dengar kita semua buat kesekian kali’nya ini.
Penulis akaun Twitter @MahsiH2 mendakwa yang hubungan Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck kini sudah pun berakhir dek kerana si lelaki kini sudah pun memiliki kekasih baru yang juga rakan senegeri Kelantan bernama Leuniey.
Agak pelik bunyi nama kekasih baru Khairul Fahmi Che Mat ini tetapi menurut sumber yang tidak kami pasti kesahihan’nya ini mendakwa Leuniey merupakan tunang kepada lelaki lain tetapi meminta putus kerana mahu bersama penjaga gol Malaysia kesayangan ramai ini.
Tak habis2 dengan gosip si apek ni. apapun kita tunggu kisah seterusnya. Terus Follow Ottel Blog
Baca Selanjutnya
Posted on
Friday, February 3, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
BolaSepakMalaysia,
Gambar,
gossip.
.
FAM, PSSI, FIFA - Status Safee Sali
KUALA LUMPUR - Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status Safee Sali sekiranya Malaysia mahu menggunakan khidmat ketua pasukan kelab Indonesia, Pelita Jaya itu bagi mana-mana perlawanan persahabatan antarabangsa.
Menurut laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang menggunakan tajuk `Safee dan Malaysia terancam Sanksi FIFA', ingatan daripada PSSI bukanlah bermaksud badan induk bola sepak Indonesia itu mahu mencampuri urusan FAM.
"Sesuai dengan arahan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), pemain yang memperkuat liga ilegal (haram) dilarang bermain di pertandingan rasmi FIFA," kata Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono.
Safee semalam menyambung kontraknya selama dua tahun dengan Pelita Jaya dan yakin dapat terus bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia walaupun Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai Pelita Jaya sekarang berdepan kemungkinan diharamkan FIFA.
Setiausaha FIFA, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asian (AFC), Datuk Alex Soosay dalam surat mereka kepada PSSI sebelum ini menyatakan: "Pemain-pemain ISL tidak dibenarkan bermain dengan pasukan nasional."
FIFA sebelum ini meminta senarai nama pemain yang bermain di ISL daripada PSSI dan nama Safee pasti berada dalam senarai itu.
"Jadi jika FIFA tahu Safee bermain, akibatnya ialah pengharaman," kata Agus
Baca Selanjutnya
Posted on
Thursday, February 2, 2012
by
Nashrul Hakimie(Ottel Blog),
under
BolaSepakMalaysia.
.


