Panduan Untuk Yang Ingin Mengenali Pasangan
cinta itu sial haram kalau anda sudah mengenali
①wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.
②wanita selalu sensitif kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.
③wanita suka diberi perhatian dan adakalanya manja tidak bertempat. sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka di puji. jika tidak di puji mereka mungkin merajuk!!
④ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak berusaha mahu memahami lelaki.
⑤lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhatikan dan wanita harus menerima hakikatnya itu.
⑥ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata' dan 'mengutuk' jika di layan Kata-kata mereka. ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri daripada bercakap.
⑦lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
⑧lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak prihatin terhadap anak dan istri.
⑨lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan di kawal, jika wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan anda.
⑩adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada lelaki, tetapi hanya mengharapkan lelaki memberi kasih sayang .
⑪jangan terlalu bergantung pada lelaki pada perkara yang mampu anda lakukan sendiri, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada lelaki dengan tujuan sidia sentiasa berada di sisi mereka, ini mungkin tidak digemari lelaki.
⑫wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.
⑬sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan yang diberikan mereka, ini membuatkan lelaki bosan melayan soalan wanita.
⑭wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.
Related Posts : fakta,
renungan,
tips
What's on Your Mind?
Write A Comment
Posted on Thursday, March 22, 2012 by Unknown, under fakta, renungan, tips.