Selamat Datang Ke Blog Pembodohan Minda Sudah Tamat

Latest Writings

Ana Rafalli Gubah Hantaran Sendiri

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2012: Kurang seminggu sahaja lagi, menjelang hari bahagia dan bersejarah buat penyanyi, Ana Rafali, 27, dan pasangannya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, untuk disatukan dengan ikatan yang sah.


Namun, Ana Rafali memberitahu sehingga kini dia masih dalam proses menyiapkan hantaran perkahwinan dari pihaknya yang akan diberikan kepada pihak lelaki pada hari diijabkabulkan, 25 Februari ini.

Ana Rafali berkata, dia mengambil inisiatif sendiri untuk menggubah hantaran perkahwinannya sebagai tanda dan pemberian istimewa buat bakal suami tersayang.

"Alhamdulilah, persiapan perkahwinan setakat ini sudah lebih 85 peratus siap. Syukurlah ada keluarga yang sentiasa mahu membantu bersama-sama bagi menyiapkan persiapan perkahwinan saya.

"Cuma sekarang, saya sedang menggubah hantaran perkahwinan sendiri. Saya sengaja mahu mengubahnya sendiri sebagai tanda kasih sayang saya kepada Naim.

"Ini pertama kali melakukan gubahan perkahwinan, jadi saya sedikit kelam kabut dan sudah beberapa kali mengubah gubahan berkenaan untuk mendapat kepuasan sepenuhnya," katanya yang ditemui ketika pelancaran Suria FM Terbaru, yang berlangsung di Pavilion, baru-baru ini.

Majlis nikah mereka akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Selain berdebar menanti hari bahagia, penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini akui dia juga gusar jika majlis tidak dapat berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi gangguan cuaca.

"InsyaAllah dengan berkat doa keluarga dan rakan terdekat, saya harap majlis kami nanti yang bakal dihadiri lebih 1000 orang akan berjalan lancar.

"Apa-apa pun harapnya, cuaca pada hari itu nanti akan cerah," luahnya lagi.

Acara pada 25 Februari ini akan dimulakan dengan majlis bertunang sekitar jam 10.30 pagi dan hanya sejam selepas itu akan berlangsungnya majlis akad nikah yang akan dilaksanakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Berbicara mengenai imej baru Ana, dia kini sudah pun mengenakan imej bertudung sejak dua minggu lalu.

Ana memberitahu, imej tersebut merupakan penghijrahannya sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad atau Maulidusrasul baru-baru ini.

"Sebenarnya, sebelum ini sudah lama saya tergerak hati untuk berhijab dan ramai yang bertanya bila saya akan bertudung.

"Cuma saya menanti waktu yang sesuai untuk saya bersedia memikul tanggungjawab selepas mengenakan imej bertudung litup," jelasnya.

What's on Your Mind?
Write A Comment